Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 900 wanita pilih kerjaya sebagai pelaut

Kerajaan sentiasa mengambil pelbagai langkah galak golongan wanita menceburi industri maritim

-

KERTEH: Sehingga hari ini terdapat seramai 909 pelaut tempatan wanita yang sedang berkhidmat dalam industri maritim, kata Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Henry Sum Agong.

“Walaupun jumlah pelaut wanita masih kecil berbanding dengan jumlah pelaut lelaki, namun ia merupakan satu petanda yang baik. Ramai juga dalam kalangan pelaut wanita kita menerajui jawatan penting termasuk kapten kapal, ketua pegawai kapal dan ” ketua jurutera.

Katanya meskipun jumlah tersebut hanya mewakil 3.2 peratus daripada jumlah keseluruha­n 28,414 pelaut tempatan, namun ia tetap merupakan satu pencapaian yang membanggak­an.

“Walaupun jumlah pelaut wanita masih kecil berbanding dengan jumlah pelaut lelaki, namun ia merupakan satu petanda yang baik. Ramai juga dalam kalangan pelaut wanita kita menerajui jawatan penting termasuk kapten kapal, ketua pegawai kapal dan ketua jurutera.

“Mereka ini tidak kurang hebatnya dengan pelaut lelaki berkhidmat di atas kapal dan berlayar merentasi pelbagai negara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Pelaut Sedunia Peringkat Kebangsaan 2022, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Datuk Baharin Abdul

Hamid dan Pengarah JLM Wilayah Timur Abd Majid Rais.

Henry berkata kerajaan sentiasa mengambil pelbagai langkah menggalakk­an golongan wanita menceburi industri maritim, termasuk melalui penubuhan Pertubuhan Wanita Sektor Maritim Malaysia (MyWIMA).

Katanya MyWIMA yang ditubuhkan pada 2017 di bawah JLM, antara lain berperanan memberi pendedahan kepada golongan wanita mengenai kerjaya sebagai pelaut, dan berkongsi kisah kejayaan serta pengalaman para pelaut wanita kepada masyarakat luar.

“Sekarang ini di Malaysia kita ada MyWIMA yang dianggotai semua wanita yang bekerja dalam industri perkapalan dan industri pelabuhan, melalui pertubuhan tersebut pelbagai langkah dilaksanak­an untuk menggalakk­an wanita masuk ke dalam bidang ini,” katanya. — Bernama

Datuk Henry Sum Agong Timbalan Menteri Pengangkut­an

 ?? — Gambar Bernama ?? FOKUS: Henry (kiri) melawat reruai berkaitan pelaut pada perasmian Sambutan Hari Pelaut Peringkat Kebangsaan 2022 di Kerteh di Chukai, semalam. Tema Hari Pelaut Sedunia iaitu ‘Your Voyage, Then and Now, Share Your Journey’ telah ditetapkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabang­sa bertetapan dalam meraikan pengalaman pelaut khususnya pengalaman pelayaran di atas kapal semasa pandemik dan praendemik COVID-19.
— Gambar Bernama FOKUS: Henry (kiri) melawat reruai berkaitan pelaut pada perasmian Sambutan Hari Pelaut Peringkat Kebangsaan 2022 di Kerteh di Chukai, semalam. Tema Hari Pelaut Sedunia iaitu ‘Your Voyage, Then and Now, Share Your Journey’ telah ditetapkan oleh Pertubuhan Maritim Antarabang­sa bertetapan dalam meraikan pengalaman pelaut khususnya pengalaman pelayaran di atas kapal semasa pandemik dan praendemik COVID-19.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEMAKIN DIMINATI: Pelaut wanita Siti Hawa Abdul Kalen, 32, (kanan) dan Diyani Ahmad Mizani semasa ditemui sempena Sambutan Hari Pelaut Peringkat Kebangsaan 2022 di Kerteh di Chukai, semalam.
— Gambar Bernama SEMAKIN DIMINATI: Pelaut wanita Siti Hawa Abdul Kalen, 32, (kanan) dan Diyani Ahmad Mizani semasa ditemui sempena Sambutan Hari Pelaut Peringkat Kebangsaan 2022 di Kerteh di Chukai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia