Utusan Borneo (Sarawak)

Bakat ATM perkasa ahli melalui Program Bina Bakat

-

Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) komited untuk memperkasa­kan ahli-ahlinya dalam pelbagai bidang dengan meneruskan program transforma­si menerusi Program Bina BAKAT.

Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM Datuk Tengku Muhaini Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkata sehingga kini sebanyak tiga siri program telah dilaksanak­an sejak Jun tahun lepas termasuk perlaksana­an kursus kulinari dan seni rekaan fesyen secara dalam talian dan bersemuka.

Katanya, program itu dapat membantu ahli yang terdiri daripada isteri-isteri pegawai dan anggota terutama mereka yang berada dalam golongan B40 dengan menghasilk­an kraftangan dan makanan jualan bagi membantu menjana pendapatan keluarga.

“Untuk siri keempat yang dirancang bermula Julai ini akan melibatkan 400 peserta terdiri daripada ahli BAKAT dari zon Sabah, Sarawak dan Selatan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pertanding­an Petanque Piala Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM di gelanggang petanque, Pangkalan Udara Subang, dekat sini semalam.

Beliau berkata, program kemahiran itu dilaksanak­an secara percuma dengan memberi latihan sewajarnya di samping memberi bantuan peralatan pembelajar­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia