Utusan Borneo (Sarawak)

AC Milan mulakan musim 22/23 hadapi Udinese

-

AC Milan akan memulakan pertahanan gelaran Serie A mereka dengan menerima kunjungan Udinese selepas senarai perlawanan musim 2022/2023 diumumkan pada Jumaat.

Pasukan Stefano Pioli kemudian menentang Atalanta, Bologna dan Sassuolo sebelum menjadi tuan rumah perlawanan pasukan jiran Milan pada awal September.

Milan menjulang Scudetto dari Inter pada hari terakhir perlumbaan gelaran yang sengit musim lalu dan akan bertempur dengan saingan tempatan mereka – yang akan membawa kembali Romelu Lukaku.

Pusinganpe­mbukaanada­lah pada 13 Ogos, menjelang Piala Dunia yang bermula di Qatar pada bulan November, dan berakhir pada 4 Jun tahun depan.

Liga akan berehat bermula dari 13 November untuk memberi ruang kepada Piala Dunia dan bukan seperti Liga Perdana, pertembung­an tidak akan disambung pada bulan Disember, malah aksi akan bermula lagi pada 4 Januari.

Inter pula bermula dengan lawatab ke juara Serie B Lecce, sebelum menghadapi Spezia, Lazio dan pasukan kenaikan divisyen, Cremonese sebelum perlawanan pasukan jiran tempatan pertama mereka musim ini.

Juventus, hangat diperkatak­an bakal menandatan­gani Paul Pogba, akan menjadi tuan rumah Milan dalam pusingan terakhir, sementara Inter menanti saingan Atalanta di San Siro.

Seminggu sebelum Inter pergi ke Napoli, yang turut merebut gelaran musim lalu namun mereka tersungkur pada minggu-minggu terakhir kempen.

Peminat Milan bakal mengalu-alukan kembali bekas pemilik Silvio Berlusconi pada akhir Oktober apabila skuad kenaikan Monza melawat San Siro semasa pusingan ke-11.

Monza akan menjadi tuan rumah Torino dan Udinese dan pergi ke Napoli dalam permulaan yang menarik untuk kelab yang bercita-cita tinggi itu, yang menandatan­gani bekas pemain pertahanan Itali, Andrea Ranocchia bulan ini dan hampir mambawa masuk penjaga gol bernilai tinggi, Alessio Cragno daripada Cagliari yang dibuang divisyen.

Berlusconi dan Galliani memenangi 29 trofi bersama Milan antara 1986 dan 2016 – termasuk lima daripada tujuh Piala Eropah – ketika kelab itu dijual kepada pelabur China yang diketuai oleh Li Yonghong. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia