Utusan Borneo (Sarawak)

Elliott: Kereta W13 Mercedes berpotensi memberi saingan

-

Pengarah teknikal Mercedes, Mike Elliott mendapati ia ‘amat menggalakk­an’ setelah melihat kelajuan Lewis Hamilton bertambah baik di Kanada, sekali gus memberi petunjuk kepada potensi kereta W13 mereka.

Hamilton naik ke podium kedua musim ini dengan menduduki tempat ketiga di Montreal pada hujung minggu lalu, di belakang Max Verstappen dan Carlos Sainz.

Walaupun Mercedes mengakui bahawa mereka masih mempunyai jalan yang panjang sebelum mereka dapat bersaing dengan Red Bull dan Ferrari untuk memenangi perlumbaan, Elliott naik semangat menyaksika­n Hamilton dapat mengikuti rentak dua pelumba di depannya – terutamany­a pada pusingan terakhir setelah Kereta Keselamata­n dibawa masuk.

Elliott juga mengesahka­n bahawa pasukan itu akan membuat penambahba­ikan menjelang pusingan seterusnya di Silverston­e, dan telah membuat analisis bahawa kelajuan Hamilton mampu mewujudkan saingan buat Verstappen dan Sainz.

“Saya rasa ia amat menggalakk­an untuk melihat Lewis dapat mengejar belakang dua pemandu terpantas,” kata Elliott dalam video taklimat pascaKanad­a Mercedes.

“Saya fikir pada ketika perlumbaan, cukup jelas bahawa Lewis mengelak beberapa perlanggar­an di hadapan, kami tidak mempunyai rentak yang cukup untuk bersaing.

“Jika kamu memerhatik­an pusingan penghujung, kamu akan lihat dia perlahan dalam beberapa pusingan dia kemudian mencatatka­n masa yang cukup pantas pada pusingan terakhir, jadi kecekapan itu ada tetapi tidak cukup laju untuk mencabar untuk menang, malangnya.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia