Utusan Borneo (Sarawak)

KBS hormati keputusan Zii Jia

Pemain profesiona­l negara itu beri fokus persiapan menghadapi Kejohanan Dunia di Jepun Ogos depan

-

“Beliau sebenarnya berasa kesal kerana tidak dapat mewakili Malaysia untuk (sasaran) membawa pingat ” emas. Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu Menteri Kementeria­n Belia dan Sukan

IPOH: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) menghormat­i keputusan pemain profesiona­l negara, Lee Zii Jia yang menarik diri daripada beraksi di Sukan Komanwel 2022 di Birmingham pada 28 Julai hingga 8 Ogos.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya akur dengan Zii Jia yang mahu memberi fokus kepada persiapan menghadapi Kejohanan Dunia di Tokyo, Jepun pada Ogos depan.

“Saya sudah bercakap dengan beliau sendiri dan beliau memohon maaf kerana sebenarnya bersungguh-sungguh hendak mewakili negara (Sukan Komanwel) tetapi jadual begitu padat menyebabka­n terpaksa mengambil keputusan yang berat.

“Beliau sebenarnya berasa kesal kerana tidak dapat mewakili Malaysia untuk (sasaran) membawa pingat emas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan di sini semalam.

Rabu lepas, pemain kelima terbaik dunia itu memutuskan untuk tidak membuat penampilan pada Sukan

Komanwel disebabkan jadual padat yang diharungin­ya sejak kebelakang­an ini, di samping berhasrat memberi tumpuan sepenuhnya kepada Kejohanan Badminton Dunia.

Kekosongan ditinggalk­an juara Asia itu memberi peluang buat Ng Tze Yong menggalas tugas sebagai perseorang­an lelaki negara.

Pada temasya di Gold Coast 2018, skuad badminton membawa pulang dua emas, satu perak dan dua gangsa dengan pingat emas dihadiahka­n Datuk Lee Chong Wei dan beregu wanita Chow Mei KuanVivian Hoo. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEPUTUSAN DIHORMATI: Gambar fail 17 Jun ini menunjukka­n aksi Zii Jia ketika berdepan Loh Kean Yeaw dari Singapura dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Terbuka Indonesia 2022.
— Gambar Bernama KEPUTUSAN DIHORMATI: Gambar fail 17 Jun ini menunjukka­n aksi Zii Jia ketika berdepan Loh Kean Yeaw dari Singapura dalam perlawanan suku akhir Kejohanan Terbuka Indonesia 2022.
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia