Utusan Borneo (Sarawak)

JDT rampas kedudukan teratas Liga Super 2022

-

Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali ke kedudukan teratas liga selepas membenam Selangor FC 5-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim di sini malam kelmarin.

Serangan bertubi-tubi JDT pada awal masa pertama menyaksika­n gol pendahulua­n hadir seawal minit ketiga menerusi penyerang import Bergson da Silva.

Fernando Martin Forestieri menggandak­an jaringan pada minit ke-24 menerusi sepakan percuma setelah dijatuhkan Quentin Cheng Jiun Ho.

Gol ketiga pula dijaringka­n Leandro Sebastian Velazquez di luar kotak penalti pada minit ke-35 selepas menerima hantaran daripada Muhammad Afiq Fazail.

Babak kedua menyaksika­n hantaran lintang pemain sensasi JDT, Bergson sekali lagi membolosi gawang Selangor sekali gus menghadiah­kan jaringan keempat buat pasukan itu.

JDT gagal untuk mengelak gawang mereka daripada dibolosi apabila pemain Selangor FC, Mohd Nor Hakim Hassan berjaya menjaringk­an gol sagu hati. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia