Utusan Borneo (Sarawak)

Permohonan Willie menyertai PBB belum diteliti, kata Nanta

-

KUCHING: Permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo Datuk Willie Mongin untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan parti komponen terbesar Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum diteliti.

Setiausaha Agung PBB Dato Sri Alexander Nanta Linggi yang mengesahka­n perkara itu berkata, pada masa ini pihaknya belum lagi meneliti dan akan mengadakan mesyuarat pucuk pimpinan PBB berkaitan perkara tersebut.

“Perkara ini (permohonan Willie) tidak boleh diputuskan seorang pemimpin sahaja sebab permohonan ini perlu diperhalus­i terlebih dahulu.

“Keputusan yang dibuat itu perlu mengambil kira pandangan daripada mereka yang sepatutnya memberi pandangan berhubung permohonan Datuk Willie Mongin,” katanya ketika ditemui media selepas melawat kilang pembungkus­an minyak masak Teguh Binaniaga Sdn Bhd di Jalan Penrissen di sini, semalam.

Ditanya mengenai bila mesyuarat itu diadakan, Nanta berkata, beliau belum lagi mendapat tarikh berhubung perkara itu.

Isnin lalu, Willie yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi mengesahka­n telah menghantar permohonan untuk menyertai Parti PBB beberapa bulan lalu.

Willie mendedahka­n, beliau selama ini diletakkan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) secara taktikal bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada waktu itu.

Ini kerana memandangk­an pada masa itu beliau tidak mempunyai parti setelah keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), jelas Mongin.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? REAKSI: Nanta ditemui media selepas melawat kilang pembungkus­an minyak masak Teguh Binaniaga Sdn Bhd di Jalan Penrissen di Kuching, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi REAKSI: Nanta ditemui media selepas melawat kilang pembungkus­an minyak masak Teguh Binaniaga Sdn Bhd di Jalan Penrissen di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia