Utusan Borneo (Sarawak)

SST produk petroleum dijangka meningkat

Lebih banyak kutipan Cukai Jualan Negeri ke atas produk petroleum tahun ini susulan kenaikan harga minyak dunia

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Sarawak dijangka akan menerima lebih banyak hasil kutipan daripada Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum tahun ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini susulan harga minyak dunia telah meningkat ketika ini.

“Sarawak sudah mendapat hasil ‘tuaian’ yang banyak selepas kita mengenakan SST ke atas produk minyak dan gas.

“Hanya dalam tempoh tiga tahun kita telah berjaya mengutip RM8.5 bilion SST daripada produk petroleum di negeri ini. Dan kita menjangkak­an kutipan tahun ini akan terus meningkat susulan kenaikan harga minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam kelmarin.

Susulan itu, Abang Johari berkata akan ada satu lagi sambutan ‘Gawai’ pada hujung tahun ini.

“Gawai yang dimaksudka­n itu merujuk kepada hasil kutipan SST di mana ia merupakan tanda kesyukuran untuk hasil tuaian yang melimpah ruah.

“Selepas semua kerja keras yang kita lakukan hasilnya dapat dinikmati dan konsep ini sangat dekat dengan saya.

“Kerana rakyat Sarawak akan menuai apa sahaja yang kita perolehi untuk manfaat semua,” katanya.

Sekiranya Sarawak mempunyai kewangan yang kukuh katanya, ini akan membolehka­n negeri ini melaksanak­an pelan pembanguna­n di bawah Pelan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Itulah sebabnya di bawah

PCDS 2030, kita bercakap tentang keterangku­man sosial dan apabila kita mendapatka­n hasil yang baik, kita akan berkongsi dengan semua orang.

“Ini adalah konsep kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di mana kita kongsi kejayaan bersama-sama,” ujarnya.

Sementara itu, Abang Johari berkata, Sarawak telah berjaya mendapatka­n semula hak tertentu daripada kerajaan persekutua­n.

“Perkara seterusnya adalah kita mesti mempunyai suara yang kuat di Parlimen pada Pilihan Raya Umum yang akan datang.

“Saya yakin kita boleh meneruskan rundingan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Majlis Sambutan Gawai Dayak Dato Gerawat Gala dan tetamu kehormat lain.

 ?? — Gambar oleh Chimon Upon ?? HIBURAN: Abang Johari bersama tetamu kehormat lain menyanyi ketika Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Kuching, malam kelmarin.
— Gambar oleh Chimon Upon HIBURAN: Abang Johari bersama tetamu kehormat lain menyanyi ketika Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2022 di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia