Utusan Borneo (Sarawak)

Pemancing berdepan detik cemas bot hampir tenggelam

-

KUCHING: Kira-kira 12 individu berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki mengalami kebocoran dan hampir tenggelam pada jarak lebih kurang 14 batu nautika barat laut Pulau Satang di sini, malam kelmarin.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 7.20 malam.

Menurutnya, sebaik menerima laporan, Maritim Rescue Sub Centre (MRCS) Kuching mengatur gerak bot KILAT 22 ke lokasi serta memaklumka­n kejadian itu kepada agensi sahabat.

“Pasukan Polis Marin (PPM) turut membantu dengan mengatur gerak dua aset iaitu PSC 11 dan

RH23 ke lokasi kejadian sekitar jam 9.20 malam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya, keadaan cuaca berangin dengan kelajuan 10 hingga 20 kilometer sejam dan keadaan laut bergelora menyukarka­n pencarian.

Bagaimanap­un, jelasnya sekitar jam 12.20 malam, MRCS Kuching berjaya menghubung­i tekong melalui radio VHF dan memaklumka­n bot telah selamat serta menuju ke jeti Sarawak Boat Club diiringi bot PSC11 dan RH23.

“Bot serta 12 mangsa selamat tiba di Jeti Sarawak Boat Club jam 1.40 pagi dan kesemua mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Ujarnya, setelah kesemua mangsa dilaporkan selamat, MRCS Kuching menamatkan Ops Carilamat jam 1.40 pagi.

Terdahulu, bot yang dinaiki seorang tekong, seorang kru serta 10 pemancing itu bergerak ke laut sekitar jam 1 petang dari Jeti Sarawak Boat Club menuju ke kawasan perairan Lundu.

Menurut tekong, cuaca di lokasi memancing berubah dengan ketinggian ombak mencapai tiga meter menyebabka­n bot dibadai laut bergelora.

Bot bagaimanap­un mengalami kebocoran pada bahagian bawah sebelah kanan dan punca kebocoran belum dapat dipastikan.

Tekong berusaha mengawal kebocoran menggunaka­n kain dan span tilam untuk menampal bahagian bot yang bocor sebelum membuat panggilan kecemasan memohon bantuan menggunaka­n radio VHF.

Bot pertama yang tiba memberi bantuan adalah bot tempatan dari Semariang

dan hasil pemeriksaa­n keselamata­n bot mangsa memiliki 14 jaket keselamata­n dan empat pelampung keselamata­n.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia turut menggesa komuniti agar memastikan bot dalam keadaan baik dan batalkan niat ke laut sekiranya cuaca buruk.

Sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut, utamakan keselamata­n dengan sentiasa memakai jaket keselamata­n serta membawa peranti personel located beacon (PLB) untuk memudahkan pasukan penyelamat terus ke lokasi kecemasan.

Sebarang maklumat kecemasan boleh menghubung­i Maritim Malaysia Negeri Sarawak secara terus di talian 082-432544/432016 atau MERS 999.

 ?? ?? CEMAS: Mangsa yang terlibat dalam insiden kecemasan yang berlaku malam kelmarin.
CEMAS: Mangsa yang terlibat dalam insiden kecemasan yang berlaku malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia