Utusan Borneo (Sarawak)

MIS dalam proses tubuh Jawatankua­sa Pembudayaa­n Al-Quran

-

Majlis Islam Sarawak (MIS) kini dalam proses menubuhkan Jawatankua­sa Pembudayaa­n Al-Quran melalui Pelan Tindakan Majlis Islam Sarawak 2022-2025.

Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utili) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pelan tindakan itu merupakan pelan pembanguna­n umat Islam di Sarawak.

“Ia merangkumi semua perkara dalam usaha kerajaan membentuk ‘Khairul Ummah’ iaitu umat Islam terbaik.

“Ini termasuk aspek ekonomi, sosiobuday­a, masjid serta pembudayaa­n al-Quran yang perlu diamalkan dan dihayati oleh masyarakat Islam negeri ini,” katanya.

Beliau bekata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Daurah Perdana Tajwid Bersanad Peringkat Negeri Sarawak Tahun 1443H/2022M di Masjid Darul Hana di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman berkata, Kerajaan Sarawak melalui MIS amat mengambil berat tentang kemajuan dan pemerkasaa­n pendidikan al-Quran di Sarawak.

Hal ini katanya, boleh dilihat menerusi pelbagai program yang dijalankan oleh MIS melalui JAIS untuk memastikan perkembang­an al-Quran terus berkembang pesat sekali gus menarik minat pelbagai lapisan masyarakat.

“Misalnya penganjura­n program Daurah Perdana Tajwid Bersanad Peringkat Negeri Sarawak hari ini diyakini akan memberi manfaat besar kepada umat Islam di Sarawak,” ujarnya.

Dalam pembelajar­an alQuran, menurutnya, Sanad amat dititikber­atkan kerana ia merupakan satu-satunya cara yang terbaik untuk mengetahui kesahihan, ketulenan, kebenaran dan kebolehper­cayaan ilmu bacaan yang diperolehi.

“Ia juga merupakan asas dalam penyampaia­n dan penerimaan ilmu agama bagi menjamin dan memastikan kesahihan serta ketulenan ilmu dan maklumat. Ia sesuai dengan dasar kerajaan yang mahu rakyat memperoleh­i maklumat yang betul.

“Bagi kita di Sarawak amatlah digalakkan untuk memperoleh­i ilmu agama dengan cara bersanad yang diikitiraf oleh MIS bagi memastikan fahaman dan budaya ekstremism­e dalam pemahaman agama dapat dibendung,” ujarnya.

Terdahulu, seramai 500 peserta mengikuti Daurah Perdana Tajwid Bersanad yang diadakan selama dua hari mulai 25 Jun.

Program itu merupakan anjuran JAIS, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak, Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) dan Jawatankua­sa Pengurusan Masjid Darul Hana.

Hadir sama Pengarah JAIS Datu Khalidi Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif LAKMNS Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai serta tetamu kehormat yang lain.

 ?? ?? TAHNIAH: Dr Abdul Rahman menyaksika­n penyampaik­an Ijazah Sanad kepada peserta paling senior berusia 80 tahun iaitu Syam’un Syahid (kiri) pada Majlis Penangguha­n Daurah Perdana Tajwid Bersanad Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, semalam.
TAHNIAH: Dr Abdul Rahman menyaksika­n penyampaik­an Ijazah Sanad kepada peserta paling senior berusia 80 tahun iaitu Syam’un Syahid (kiri) pada Majlis Penangguha­n Daurah Perdana Tajwid Bersanad Peringkat Negeri Sarawak di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia