Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Dayak mempunyai keyakinan dan kepercayaa­n terhadap kepimpinan Abang Johari

-

Masyarakat Dayak mempunyai keyakinan dan kepercayaa­n penuh terhadap kepimpinan Premier Sarawak untuk memimpin negeri ini bagi menghadapi cabaran mendatang.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Dato Gerawat Gala berkata, ini terbukti menerusi pelbagai dasar dan program pembanguna­n kerajaan untuk membangunk­an dan meningkatk­an taraf hidup serta ekonomi penduduk luar bandar termasuk komuniti Dayak Sarawak.

Antaranya kata beliau, terdapat program berterusan untuk memastikan sambungan jalan raya untuk kawasan luar bandar yang melibatkan kos berbilion ringgit dilaksanak­an demi manfaat rakyat.

“Selain itu, penubuhan Unit Hal Ehwal AgamaAgama Lain (UNIFOR) juga merupakan bukti kerajaan negeri mengiktira­f dan menghormat­i kebebasan beragama dan keperluan untuk menjaga kesejahter­aan rohani dan keagamaan masyarakat bukan Islam.

“Penubuhan UNIFOR ini adalah yang pertama di

Malaysia dan ia amat dialualuka­n serta dihargai oleh masyarakat Dayak kita. Ini adalah bukti dasar keterangku­man Premier Sarawak kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2022 yang dirasmikan Premier Sarawak di sini, malam kelmarin.

Gerawat berkata, masyarakat Dayak amat berterima kasih dan menghargai keyakinan Premier Sarawak terhadap kepimpinan politik masyarakat melalui perwakilan utama dalam kabinet negeri.

“Kita mempunyai Timbalan Premier Sarawak daripada wakil Dayak iaitu Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang merupakan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua.

“Malah, kita juga ada Dato Sri Dr Stephen Rundi yang merupakan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembanguna­n Wilayah, Datuk Roland Sagah Wee Inn selaku Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat, Datuk John Sikie selaku

Menteri di Jabatan Premier Sarawak dan sebilangan timbalan menteri termasuk saya sendiri,” katanya.

Menurutnya, portfolio kabinet yang diberikan kepada mereka adalah relevan dan antara pemacu utama pembanguna­n kawasan luar bandar yang merupakan nadi masyarakat Dayak.

Selain itu katanya, program seperti Agensi Pembanguna­n Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembanguna­n Tanah Tinggi (HDA), Agensi Pembanguna­n Wilayah Utara (NRDA) dan Agensi Pembanguna­n Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) turut diwujudkan.

Ia katanya, bagi mempercepa­tkan pembanguna­n sosioekono­mi dan kemajuan masyarakat Dayak luar bandar.

Sehubungan itu, beliau percaya masyarakat Dayak akan terus menyokong kerajaan negeri yang dipimpin oleh Premier Sarawak yang berwawasan, inovatif dan pragmatik.

“Premier Sarawak telah membuktika­n dirinya sebagai seorang yang berwawasan, bijak, inklusif dan pemimpin yang berani untuk seluruh rakyat Sarawak,” katanya.

 ?? — Gambar Penerangan ?? AMANAT: Gerawat ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2022.
— Gambar Penerangan AMANAT: Gerawat ketika menyampaik­an ucapan pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia