Utusan Borneo (Sarawak)

Ceramah hipertensi, jantung pada 2 Julai

-

Orang ramai dipelawa menghadiri­ceramahkes­ihatan ‘Know Your Health Better’ di Pullman Miri Waterfront pada 2 Julai depan, mulai jam 3 hingga 5 petang.

Ceramah tersebut dianjurkan bersama Kelab Lions Daerah 308-A2 Wilayah 4 Zon 9 dan 10 dan Kelab Lions Kuching Allamanda menampilka­n dua pakar jantung, Dr Jeremy Chow dan Kaunselor Chan Wan Xian berkongsi tentang hipertensi dan kegagalan jantung.

Dr Jeremy berpangkal­an di Singapura adalah pakar kardiologi dan elektrofis­iologi di Asian Heart & Vascular Centre manakala Dr Chow adalah ‘implanter’ berpengala­man dalam peranti elektronik boleh implan jantung dalam pengurusan bradikardi­a bergejala, pencegahan kematian jantung mengejut dan kegagalan jantung dengan terapi penyegerak­an semula kardia.

Kepakaran klinikal beliau adalah dalam pengurusan arteri koronari dan arthymia termasuk takikardia supraventr­ikular, fibrilasi atrium dan takikardia ventrikel saluran aliran keluar.

Pakar kardiologi, pakar ekokardiol­ogi dan pakar kegagalan jantung juga berlatih di Pusat Jantung & Vaskular Asia, Dr Chan adalah pengarah bersama Perkhidmat­an Kesihatan Jantung Wanita di Pusat Jantung Nasional University of Singapore, pakar dalam pengurusan penyakit jantung wanita dan keadaan jantung semasa kehamilan.

Kepakaran klinikal utama beliau termasuk kegagalan jantung dan sokongan jantung mekanikal, kardiomiop­ati, penyakit jantung injap dan pengimejan jantung lanjutan termasuk ekokardiog­rafi dan teknik kardiologi nuklear.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia