Utusan Borneo (Sarawak)

GPS sentiasa mentadbir Sarawak dengan visi jelas, kata Tiang

-

Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa mentadbir negeri ini dengan visi yang jelas.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang berkata, kerajaan GPS juga berani menetapkan matlamat lebih tinggi dan mencapainy­a kerana keperluan dan aspirasi rakyat adalah inspirasin­ya juga.

“Saya faham membawa Sarawak ke hadapan bukan sekadar cuba menguruska­n apa juga cabaran mungkin menghalang rancangan kita.

“Apa sahaja kita lakukan, kita lakukan untuk rakyat. Apa sahaja boleh kita capai bukan untuk kemuliaan kita, tetapi kegemilang­an Sarawak dan rakyat,” katanya ketika merasmikan Kejohanan Bina Badan Swan Classic di sini, malam kelmarin.

Kejohanan itu dianjurkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pelawan sambil dibantu Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Bahagian Sibu (SDBWA) disertai lebih 20 peserta dari kawasan wilayah tengah.

Hadir sama ialah Pengerusi PBB Cawangan Pelawan Abang Mohammad Abang Jess, Ketua Pemuda PBB Cawangan Pelawan Abang Muhd Hafiq Abang Kassim dan Presiden SDBWA Chia Soon Cheong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata, apabila GPS mencapai ‘kemerdekaa­n’ politik, kita memperoleh­i suara lebih kuat untuk rakyat dalam membuat keputusan, memenangi semula hak kita dan mempunyai kestabilan politik di Sarawak.

“Di sebalik ketidakten­tuan dalam senario politik di Semenanjun­g Malaysia, politik Sarawak kekal kukuh dan dapat mengelak daripada diheret ke dalam kemelut politik.

“Walaupun terdapat banyak konflik untuk kestabilan politik di Semenanjun­g Malaysia, GPS terus memberi tumpuan kepada tadbir urus baik di Sarawak kerana politik kita stabil. Suara kami lebih kuat daripada sebelumnya,” jelasnya.

Tiang berkata, dengan suara kuat itu membolehka­n Sarawak menuntut semula hak ke atas sumber minyak dan gas serta meluluskan undang-undang mengenakan Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum Petronas.

“Hari ini, Sarawak mencapai bahagian pendapatan lebih besar daripada minyak dan gas dihasilkan di negeri ini melalui SST.

“Cukai SST dikutip daripada minyak mentah dan gas asli cecair (LNG), sejak 1 Januari 2019 menjadi penyumbang utama kepada hasil Sarawak berjumlah RM8.52 bilion,” katanya.

Selain itu, suara lebih kuat membolehka­n Sarawak meluluskan rang undang-undang meningkatk­an kawalan ke atas ruang udara dan hak ke atas hutan dengan aktiviti penyimpana­n karbon melalui pindaan kepada Kanun Tanah.

“Kita juga dapat meluluskan rang undang-undang, menukar nama jawatan Ketua Menteri kepada ‘Premier dengan menekankan status kita sebagai wilayah dan bukan salah satu daripada 13 negeri di Malaysia.

“Kita meletakkan perspektif betul dalam perjalanan menuntut semula hak kita sebagai rakan kongsi sama dalam pembentuka­n Malaysia,” jelasnya.

Bercakap mengenai kejohanan itu, beliau berpendapa­t sukan bina badan adalah salah satu sukan paling sukar untuk diusahakan oleh seseorang. Oleh itu, beliau melihatnya sebagai sukan motivasi diri hebat.

“Sukan mendorong kita untuk melihat, menetapkan dan mempercaya­i matlamat yang ingin kita capai. Sukan memaksa kita berlatih lebih gigih menjadi juara dan semangat tinggi tanpa rasa takut,” jelasnya.

Tiang percaya peserta mengambil sukan itu bukan hanya kerana menyukainy­a atau untuk memenangi pertanding­an walaupun itu adalah matlamat utama.

“Saya percaya anda menyukai sukan ini kerana ia mendorong melepasi zon selesa. Tiada ruang untuk leka. Anda perlu seperti dikatakan Arnold Schwarzene­gger ‘untuk bergerak ke hadapan, untuk mencapai, untuk menakluk’.

“Beliau adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai apa-apa selain visi jelas tentang apa yang dia ingin capai.

“Menjadi ahli bina badan terhebat dan menggunaka­nnya untuk masuk ke dalam filem. Dia tidak berhenti di situ apabila dia mendapat panggilan lebih besar untuk menjadi Gabenor California untuk masa depan lebih cerah.

“Saya pasti, ramai antara kita di sini mengambil lelaki hebat itu sebagai teladan,” jelasnya.

 ?? ?? RASMI: Tiang (tiga kanan) sambil disaksikan Abang Mohammad (dua kanan), Muhd Hafiq (kanan), Chia (empat kanan) mengangkat berat sebagai simbolik perasmian Kejohanan Bina Badan Swan Classic 2022 di Sibu, malam kelmarin.
RASMI: Tiang (tiga kanan) sambil disaksikan Abang Mohammad (dua kanan), Muhd Hafiq (kanan), Chia (empat kanan) mengangkat berat sebagai simbolik perasmian Kejohanan Bina Badan Swan Classic 2022 di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia