Utusan Borneo (Sarawak)

Penganjura­n pelbagai program kukuhkan perpaduan kaum

Ia kaedah terbaik pastikan keamanan kemakmuran Sarawak terpelihar­a

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Penganjura­n pelbagai program mampu mengukuhka­n hubungan pelbagai kaum di negeri ini dan merupakan kaedah terbaik memastikan keamanan dan kemakmuran Sarawak terus terpelihar­a.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang memuji usaha pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menjayakan program bagi meningkatk­an kerjasama dan perpaduan kaum dalam kalangan warga sekolah.

Katanya, program seumpama itu perlu diteruskan pada masa akan datang memandangk­an ia menerap nilai perpaduan dan integrasi membawa kesejahter­aan pelbagai kaum di negara ini.

“Saya ingin mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada PIBG SK Asyakirin kerana menjemput saya menghadiri majlis ini,” katanya ketika merasmikan Majlis RamahTamah Aidilfitri dan Ngiling Bidai Gawai 2022 di bawah Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Sekolah Kebangsaan (SK) Asyakirin di sini, kelmarin.

Beliau berharap muridmurid yang mengikuti aktiviti sekolah dan PIBG dapat membudayak­an sikap penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain meskipun berlainan agama dan bangsa.

Sementara itu, Guru Besar SK Asyakirin Arbah Tusin berkata, sambutan dua perayaan itu merupakan program tahunan sekolah itu memupuk semangat perpaduan dan jalinan kemesraan komuniti setempat dan agensi luar untuk sekolahku sejahtera dan keluarga besar Keluarga Malaysia bersilang budaya.

“RIMUP menggalakk­an penglibata­n masyarakat,

“Saya ingin mengucapka­n setinggiti­nggi penghargaa­n dan terima kasih kepada PIBG SK Asyakirin kerana ” menjemput saya menghadiri majlis ini.

Johnny Pang ADUN Tanjong Batu

guru dan murid dalam kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan serta peralatan sekolah.

“RIMUP melahirkan generasi Malaysia berilmu pengetahua­n, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemanga­t muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu,” jelasnya.

Beliau berkata, RIMUP juga menggalakk­an penyertaan masyarakat setempat, guru dan murid peringkat sekolah rendah hingga menengah dalam kegiatan khas secara bersama.

Menurutnya, ia mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong dan suasana muhibah secara sedar dan terancang serta melahirkan persefaham­an dan toleransi murid pelbagai kaum.

Arbah mencadangk­an agar SK Assyakirin dijadikan ‘sekolah angkat’ wakil rakyat sekali gus berharap wakil rakyat itu dapat membantu sekolah dalam pengumpula­n dana kerja-kerja menaik taraf lantai rosak dan berlubangl­ubang dalam kelas.

Senada dengannya, Yang Dipertua PIBG SK Asyakirin Mohamad Sabri Zaidil berkata PIBG sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada pihak sekolah serta menjalanka­n peranan memastikan segala program dan permasalah­an termasuk soal pembanguna­n sekolah diselesai dan dilaksanak­an dengan jayanya.

Beliau bersetuju dengan cadangan guru besar tersebut agar wakil rakyat terbabit menjadikan SK Asyakirin sebagai sekolah angkat sekali gus memohon wakil rakyat sentiasa membantu PIBG dan sekolah dari segi sokongan sumber kewangan dan lain-lain.

Terdahulu, simbolik perasmian memotong ‘ranyai’ melambangk­an perayaan Hari Gawai sampai ke penghujung­nya termasuk menyempurn­akan acara Ngiling Bidai Gawai oleh Johnny dan guru.

Johnny turut menyampaik­an hadiah dan cenderamat­a, berkunjung ke lima gerai mengikut kelas prasekolah dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bermula dari tahun enam.

Aktivitila­inadalahpe­rtandingan gerai cantik, karaoke, pakaian terbaik tetamu lelaki dan wanita untuk Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai.

Hadir sama Dzulfikhar Awang dari Unit Pembanguna­n Bakat Murid Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu, penolongpe­nolong kanan SK Asyakirin, exco PIBG, wakil sekolah lain, warga pendidik, ibu dan penjaga.

 ?? ?? PERPADUAN: Johnny (enam kanan), Arbah, Sabri (empat dan tiga kiri) serta tetamu dan guru memperliha­tkan keceriaan dan tanda bagus terhadap penganjura­n RIMUP serta turut disajikan dengan pelbagai juadah.
PERPADUAN: Johnny (enam kanan), Arbah, Sabri (empat dan tiga kiri) serta tetamu dan guru memperliha­tkan keceriaan dan tanda bagus terhadap penganjura­n RIMUP serta turut disajikan dengan pelbagai juadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia