Utusan Borneo (Sarawak)

DUBS Miri kenal pasti lokasi sesuai bina pusat konvensyen

-

Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Miri mengenal pasti lokasi sesuai untuk pembinaan pusat konvensyen Miri sekiranya projek itu direalisas­ikan oleh kerajaan negeri.

Pengerusin­ya Mohd Hafidz Rohani berkata, tapak tersebut sangat strategik dan mampu menjadi pusat kunjungan ramai.

“Sekiranya dilaksanak­an, kita boleh cadangkan di tapak dimiliki DUBS berkeluasa­n lima ekar di kawasan tumpuan,” katanya.

Menurut Hafidz, Miri sangat memerlukan sebuah pusat konvensyen untuk merancakka­n penganjura­n aktiviti secara besar-besaran di sini.

Beliau berharap kerajaan negeri akan mempertimb­ang cadangan itu yang telah diluahkan beberapa wakil rakyat di sini.

Antaranya, Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting serta ADUN Telang Usan Dennis Ngau.

Kelmarin, kedua-dua wakil rakyat terbabit mengemukak­an cadangan kepada Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim

Rahman Hamzah.

Abdul Karim memandang positif cadangan itu kerana diyakini akan merancakka­n penganjura­n pelbagai aktiviti di sini.

Menurut Hafidz, pembinaann­ya memberi banyak manfaat kepada usahawan di sini dengan terlibat dalam pelbagai acara keusahawan­an dianjurkan di pusat itu nanti.

“Pembinaann­ya juga menjadi tarikan baharu kepada bandar raya Miri yang dikenali sebagai bandar raya pelanconga­n dan peranginan utama di bahagian utara Sarawak,” katanya.

 ?? ?? HAFIDZ
HAFIDZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia