Utusan Borneo (Sarawak)

Joo Hua berjaya kumpul sumbangan berjumlah RM121,718.88 untuk SCCS

-

Bekas Presiden Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) Thng Joo Hua yang menghidap kanser nasofarink­s tahap empat berjaya mencapai sasaran RM100,000 setelah berhasil mengumpul sumbangan berjumlah keseluruha­n RM121,718.88 untuk Pertubuhan Pesakit Kanser KanakKanak Sarawak (SCCS).

Kutipan tersebut diserahkan Joo Hua kepada Pegawai Perhubunga­n SCCS Cawangan Miri Jocelyn Hee sambil disaksikan Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n (Pelanconga­n) Datuk Sebastian Ting dan Presiden NSJA serta Persekutua­n Persatuan Wartawan Sarawak (FSJA) Andy Jong di sini, kelmarin.

Joo Hua melalui rawatan kemoterapi kini mula menerima rawatan radioterap­i di Kuching pada Mei lalu dan dijangka berakhir awal Ogos depan mengikut temu janjinya.

Joo Hua, 37, bertugas sebagai wartawan di akhbar Sin Chew Daily Miri menjadi sukarelawa­n SCCS lebih 10 tahun dan tahun ini beliau mengambil bahagian pada kempen ‘Go Bald’ dijalankan secara virtual.

Menurut Andy, Joo Hua mahu menjadikan dirinya sendiri sebagai contoh dan memberi galakan serta kekuatan mental kepada pesakit kanser kanak-kanak bahawa mereka boleh melawan penyakit itu.

“Terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan penuh kepada Joo Hua melakukan yang terbaik bagi mencapai sasaran ditetapkan membantu mengumpul RM100,000 untuk disumbangk­an kepada SCCS.

“SCCS memerlukan sokongan berterusan daripada masyarakat, badan korporat dan kerajaan kerana pertubuhan ini membantu keluarga menampung kos perubatan, pengangkut­an, penginapan selain sokongan moral.

“Kempen tahunan ini diadakan bagi menambah tabung SCCS dan meningkatk­an kesedaran awam tentang bahaya kanser boleh dihidapi pada usia muda,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Dalam pada itu, Andy berkata beliau juga turut serta dalam acara Go Bald 2022 bagi menyokong dan memberi semangat kepada Joo Hua.

“Untuk memberi sokongan padu kepada Joo Hua dan membantu SCCS mengumpul dana, saya memutuskan menyertai acara Go Bald 2022 bagi menyokong kutipan dana demi anak-kanak penghidap kanser,” jelasnya.

Kempen ini bermula 27 Mac hingga 30 Jun dan maklumat lanjut tentang ‘Go Bald’ sila layari www.gobald. my dan Facebook Go Bald.

 ?? ?? BERJAYA: Joo Hua (kiri) menyerahka­n replika cek kepada Jocelyn sebagai simbolik penyerahan kutipan derma membantu SCCS.
BERJAYA: Joo Hua (kiri) menyerahka­n replika cek kepada Jocelyn sebagai simbolik penyerahan kutipan derma membantu SCCS.
 ?? ?? TAHNIAH: Abdul Hafiz (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenangan cabutan bertuah.
TAHNIAH: Abdul Hafiz (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemenangan cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia