Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan penjaja ditempatka­n di kawasan belakang Medan Selera Permai

-

Sebuah kawasan lapang di belakang Medan Selera Permai di sini diperuntuk­kan bagi menempatka­n sementara sembilan penjaja supaya mereka dapat berniaga dalam persekitar­an selamat dan kondusif.

Kaunselor Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Albert Tiang berkata, peniagapen­iaga terbabit sebelum ini berniaga di tepi jalan di kawasan Permai sehingga menimbulka­n kebimbanga­n faktor keselamata­n.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Penjaja dan Peniaga Kecil Pasar MPS itu berkata, pada masa ini terdapat sembilan gerai memegang permit sementara berniaga di Medan Selera Permai.

“Sembilan gerai itu dahulunya berniaga di tepi jalan Permai (kawasan perumahan) tidak digalakkan oleh MPS atas faktor keselamata­n.

“Kami memperuntu­kkan ruang di belakang Medan Selera Permai untuk menampung sementara mereka berniaga di tempat lebih selamat dan lebih baik,” katanya.

Berbalik kepada 18 penjaja di Pasar Sungai Merah di sini, beliau berkata mereka dipindahka­n ke tapak perdaganga­n sementara sepanjang Lorong Sungai Merah 2D 4, mulai hari ini.

“Mereka dijadual memulakan perniagaan di pasar sementara berkuat kuasa 30 Jun ini.

“Hanya terdapat lima gerai menjual makanan dan minuman dan kami menggalakk­an mereka berniaga pada waktu malam,” jelasnya.

Untuk rekod, tapak sementara itu hanya terletak tidak jauh dari Pasar Sungai Merah sedia ada akan dibangunka­n semula.

Ditanya sama ada tapak sementara itu menyebabka­n kesesakan lalu lintas, beliau menjawab: “Tidak, kerana selama ini jalan itu (untuk) sehala (lalu lintas).

 ?? ?? SEMENTARA: Tapak sementara kawasan lapang belakang Medan Selera Permai menempatka­n peniaga sebelum ini berniaga di tepi jalan di kawasan perumahan Permai, Sibu.
SEMENTARA: Tapak sementara kawasan lapang belakang Medan Selera Permai menempatka­n peniaga sebelum ini berniaga di tepi jalan di kawasan perumahan Permai, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia