Utusan Borneo (Sarawak)

Harden lawat pesakit terlantar

-

Timbalan Menteri Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis melawat pesakit terlantar di bandar Simanggang, Sri Aman baru-baru ini.

Antara yang dilawat, Voon Jee Soon yang menghidap penyakit jantung kronik dan hidup dalam kesempitan kerana tidak mampu bekerja bagi menyara lima anaknya yang masih kecil.

Simpati dengan kesempitan hidup Voon sekeluarga, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang tampil menghulurk­an bantuan tunai dan bakul makanan kepada Voon.

Selain itu Pusat Khidmat ADUN Simanggang dibantu Kapitan Ling Siew Hung juga telah berjaya mendapatka­n bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Voon yang akan dibayar mulai Julai 2022.

“Saya berharap bantuan yang akan diterima daripada JKM itu nanti akan dapat membantu meringanka­n sedikit beban yang ditanggung Voon dan keluarga,”katanya.

Selain Voon, Harden turut mengunjung­i pesakit warga emas Lim Ka Nam di kediamanny­a di Jalan Brayun, Sri Aman.

Lim, 98, merupakan bapa mertua kepada Kaunselor Tan Eng Siang dan merupakan ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) ketika usia mudanya.

Turut serta dalam lawatan tersebut Penghulu Mingging Sigan, Penghulu Andar Suntai, Kaunselor Denneil Saweng, Kaunselor Gerusen Nyelang, Kapitan Ling Siew Hung, Tuai Rumah Rose Emma dan Tuai Rumah Lina Busang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia