Utusan Borneo (Sarawak)

Salur maklumat aktiviti penyelewen­gan, sorok barang kawalan

-

Masyarakat disaran menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa untuk memberi kerjasama sekiranya mempunyai maklumat berhubung aktiviti penyelewen­gan dan menyorok barang kawalan dan bersubsidi.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sri Aman Al Redzamani Abdul Razak berkata, ia bertujuan memastikan aktiviti haram ini dapat dibanteras sehingga ke akar umbi di mana kegiatan itu boleh mendatangk­an kesan buruk kepada negara.

Menurutnya, KPDNHEP sentiasa serius membendung kegiatan penyelewen­gan barang kawalan subsidi yang menjadi penyumbang utama ketirisan subsidi dan gangguan barang kawalan di pasaran.

“KPDNHEP ingin beri amaran kepada mana-mana individu dan syarikat agar tidak terbabit dan bersubahat dengan melakukan aktiviti penyelewen­gan dengan menyorok barang kawalan dan bersubsidi.

“Mereka yang melakukan kesalahan ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntu­kkan denda tidak lebih RM1 juta jika sabit kesalahan.

“Manakala bagi kesalahan berikutnya tidak lebih RM3 juta bagi perseorang­an atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Tambahnya, bagi syarikat yang disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak lebih RM5 juta.

Selain itu, bagi memastikan industri dan peniaga barang kawalan serta keperluan asas sentiasa cakna serta mengelakka­n berlakunya aktiviti penyelewen­gan, KPDNHEP telah melaksanak­an Kempen Anti Sorok Barang Kawalan.

Katanya, pelaksanaa­n kempen itu dilihat menunjukka­n impak positif dan hasil pemeriksaa­n harian mendapati lebih 90 peratus premis peruncit terpilih (DDR) mempunyai bekalan barang kawalan dan keperluan asas.

“Pengedaran barang kawalan di peringkat pemborong terpilih (DDW) juga mengikut keperluan pengguna,” jelasnya.

Sementara itu, di Sri Aman, KPDNHEP cawangan itu telah menjalanka­n pemeriksaa­n harian ke atas premis DDR serta DDW yang melibatkan barang kawalan dan keperluan asas seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, telur ayam, bawang, susu tepung dan sayur.

Tegasnya, sehubungan itu orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penyelewen­gan barang kawalan bersubsidi boleh menyalurka­n aduan di talian 019-2794317/0198488000 atau ke portal aduan e-aduan.kpdnhep.gov.my

Selain itu, aduan boleh juga disalurkan melalui pusat panggilan 1-800-886-800 atau e-mel e-aduan@kpdnhep. gov.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia