Utusan Borneo (Sarawak)

Keberadaan bekalan makanan perkara utama diberi perhatian kerajaan

-

Sejak kebelakang­an ini isu berkaitan keberadaan bekalan makanan negara merupakan antara perkara utama diberi perhatian oleh kerajaan.

Ketua Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sarikei Mohamad Zawawi berkata susulan itu, KPDNHEP antara kementeria­n berperanan mengawal selia bekalan dan harga barang kawalan komited memastikan keberadaan barang kawalan sentiasa mencukupi dan mudah diperolehi pengguna dengan harga berpatutan setiap masa.

“Sehubungan itu, KPDNHEP Sarikei sentiasa menjalanka­n pemeriksaa­n harian ke atas 15 premis Peruncit Terpilih (DDR) dan sembilan Pemborong Terpilih (DDW) melibatkan barang kawalan dan keperluan asas seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, telur, ayam, bawang, susu tepung serta sayursayur­an.

“Pemeriksaa­n dan pemantauan juga dilakukan secara menyeluruh di kawasan bandar dan luar bandar meliputi kedai runcit dan pasar raya.

“Usaha dilakukan bagi memastikan peniaga barang kawalan dan keperluan asas sentiasa cakna dengan tanggungja­wab bekalan barangan kawalan dan keperluan asas mencukupi dan berada di pasaran bagi mengelak berlaku aktiviti penyelewen­gan melalui penyorokan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sehubungan itu, Mohamad berkata KPDNHEP Sarikei melancarka­n Ops Anti Sorok Barang Kawalan.

Katanya, KPDNHEP memberi amaran keras kepada individu dan syarikat agar tidak terbabit atau bersubahat melakukan aktiviti penyelewen­gan dan menyorok barang kawalan dan subsidi bagi mengelak dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

“Mereka yang melakukan kesalahan itu boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM1,000,000 manakala kesalahan seterusnya tidak melebihi RM3,000,000 bagi orang perseorang­an atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000,000 manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.

“Namun, setakat ini tiada aduan sorok barang kawalan diterima KPDNHEP Sarikei dan tiada kes kesalahan menyorok barang kawalan dilaporkan,” jelasnya.

Mohamad turut menggesa masyarakat setempat agar menjadi mata dan telinga kementeria­n dalam usaha membendung tindakan tidak sihat itu.

“Jika didapati ada peniaga tidak mematuhi undang-undang di bawah KPDNHEP, pengguna boleh menyalurka­n aduan kepada kementeria­n melalui lapan cara atau saluran,” katanya.

Aduan boleh disampaika­n melalui portal e-aduan@ kpdnhep.gov.my, Call Centre 1800 886 800, e-mel eaduan@kpdnhep.gov.my, aplikasi telefon pintar Ez ADU, Enforcemen­t Command Centre (ECC) Sarikei 084-657751, talian 03-8000 8000 Malaysia Government Call Centre (MYGCC), WhatsApp ke 019-2794317 dan membuat laporan terus ke mana-mana pejabat KPDNHEP berhampira­n.

 ?? ?? PEMANTAUAN: Anggota penguat kuasa KPDNHEP Sarikei melakukan pemantauan dan pemeriksaa­n di beberapa premis perniagaan di Sarikei.
PEMANTAUAN: Anggota penguat kuasa KPDNHEP Sarikei melakukan pemantauan dan pemeriksaa­n di beberapa premis perniagaan di Sarikei.
 ?? ?? PANTAU: Anggota KPDNHEP Cawangan Sri Aman melaksanak­an pemeriksaa­n dan pemantauan di beberapa premis bagi memastikan bekalan asas dan keperluan mencukupi untuk pengguna.
PANTAU: Anggota KPDNHEP Cawangan Sri Aman melaksanak­an pemeriksaa­n dan pemantauan di beberapa premis bagi memastikan bekalan asas dan keperluan mencukupi untuk pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia