Utusan Borneo (Sarawak)

Anak kucing terperangk­ap di celah siling stor berjaya diselamatk­an

-

Seekor anak kucing terperangk­ap di celah-celah siling stor sebuah rumah di Kampung Muhibbah, Kuala Baram di sini pagi semalam berjaya diselamatk­an oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai APM Miri Kapten (PA) Usman Harto berkata, anak kucing itu diselamatk­an selepas menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun kira-kira jam 11.56 pagi.

“Sepasukan empat anggota APM diketuai Sarjan (PA)

Normah Usin kemudian bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan tersebut.

“Setiba di lokasi, anggota APM berjumpa dengan pengadu dan beliau menceritak­an pada mulanya terdengar bunyi anak kucing berada dalam stor seperti meminta pertolonga­n.

“Pengadu kemudian terus bergegas masuk ke dalam stor lalu melihat seekor anak kucing kelihatan dalam ketakutan dan sakit kerana terperangk­ap di celah-celah siling stor,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, sejurus mendapatka­n maklumat itu anggota APM kemudian terus meninjau kawasan terbabit dan menemui anak kucing masih terperangk­ap di celah-celah siling.

“Skuad kami berjaya menyelamat­kan anak kucing itu dan kemudian diserahkan kepada pemiliknya,” jelas beliau.

Operasi menyelamat­kan kucing terperangk­ap itu tamat jam 12.37 tengah hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia