Utusan Borneo (Sarawak)

Ekspo pendidikan memberi manfaat kepada pelajar: Jabang

-

Ekspo pendidikan dilihat sebagai landasan terbaik bagi generasi muda khususnya lepasan sekolah dan institusi pengajian tinggi menentukan hala tuju mereka sebelum dan selepas tamat pengajian.

Pegawai Daerah Tatau Jabang Juntan berkata, program berkenaan mampu membuka mata dan minda setiap pelajar mengenai bidang yang mereka minat sekali gus membolehka­n mereka memilih serta menentukan bidang pengajian serta pekerjaan sesuai dengan kelayakan mereka pada masa depan.

“Melalui ekspo pendidikan, generasi muda dapat mengetahui gambaran jelas serta penjelasan terperinci daripada setiap institusi mengenai prospek pendidikan serta peluang pekerjaan disediakan,” katanya pada perasmian Ekspo Pendidikan Tatau anjuran Jabatan Pendidikan Sarawak di SMK Tatau di sini, kelmarin.

Program yang mendapat kerjasama Pejabat Residen Bahagian Bintulu dan Pejabat Daerah Tatau itu termasuk Yayasan Sarawak dan Kementeria­n Pendidikan Malaysia itu dihadiri sekitar 2,000 orang terdiri daripada pelajar, guru dan komuniti setempat.

Menurutnya, generasi muda khususnya anak tempatan yang ingin mengisi kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor sentiasa diberikan keutamaan bagi mengisi jawatan ditawarkan.

“Justeru, penganjura­n program sedemikian berupaya membantu pelajar mengenal pasti prospek kerja dan bidang yang boleh diceburi pada pasaran kerja masa depan,” jelasnya.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembiayaan Pendidikan­Yayasan Sarawak Watson Chunggat, Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu Fred Entau dan wakil Pegawai Pendidikan Pejabat Pendidikan Daerah TatauSebau­h Mohd Amilin.

 ?? ?? PERKASA PENDIDIKAN: Jabang (empat kanan) merasmikan Ekspo Pendidikan Tatau kelmarin.
PERKASA PENDIDIKAN: Jabang (empat kanan) merasmikan Ekspo Pendidikan Tatau kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia