Utusan Borneo (Sarawak)

Guru perlu lebih bersikap terbuka didik pelajar: Lau

-

Guru perlu lebih bersikap terbuka dalam mendidik pelajar secara tidak konvension­al dalam era digital ini, terutama menyemai pemikiran kreatif dan inovasi dalam bilik darjah.

Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tung Hua Sibu Temenggung Datuk Vincent Lau berkata semasa tempoh pandemik, guru mula menggunaka­n kelas dalam talian dan pelbagai alat pengajaran serta pembelajar­an lain membantu pelajar berada di landasan betul.

“Walaupun selepas pandemik, saya percaya proses pendigital­an dan pembelajar­an maya terus dipergiatk­an dalam pendidikan.

“Oleh itu, guru digesa terus melengkapk­an diri dengan pelbagai pengetahua­n dan kemahiran digital selaras dengan prinsip pembelajar­an sepanjang hayat,” katanya pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankua­sa (AJK) PIBG 2022-2024 dan Sambutan Hari Guru SMK Tung Hua di sini, malam kelmarin.

Lau berkata, peranan guru bukan sahaja menyampaik­an ilmu tetapi memastikan pelajar kekal berdaya saing dan disemai dengan nilai-nilai murni.

Jelasnya, tidak semua pelajar adalah sama dan tidak semua mereka mengambil pendekatan pembelajar­an sama.

“Kita tidak seharusnya menilai pelajar semata-mata berdasarka­n keputusan akademik mereka.

“Apapun minat pelajar, guru harus kreatif dan menyediaka­n banyak laluan untuk mereka membesar dan berkembang.

“Hasil positif banyak bergantung kepada anda dan saya mengucapka­n tahniah kepada semua, mereka berada di sini dan ramai lagi tidak berada di sini atas semangat, dedikasi, komitmen dan sumbangan anda,” katanya.

Turut berucap pada majlis itu ialah Yang Dipertua PIBG SMK Tung Hua Sibu James Wong King.

Hadir sama Pengetua SMK Tung Hua Goi Ngouk Yew merangkap penasihat PIBG SMK Tung Hua, pengerusi pengelola majlis Pau Chiong Shii dan tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia