Utusan Borneo (Sarawak)

PIBG berperanan penting mengeratka­n hubungan ibu bapa, guru dan sekolah

-

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan penting mengeratka­n hubungan kalangan ibu bapa, guru dan pengurusan sekolah bagi memastikan pelajar mencapai potensi sepenuhnya dan cemerlang dalam pelbagai bidang.

Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tung Hua Sibu Temenggung Datuk Vincent Lau berkata, PIBG juga merupakan landasan terbaik ibu bapa menyuaraka­n pendapat, memberi maklum balas membina dan memantau perkembang­an dan kesejahter­aan anak-anak mereka.

“Dalam alma mater masa kini tidak dapat dinafikan peranan PIBG tidak boleh diganggu gugat.

“Kewujudan PIBG sentiasa menjaga kepentinga­n pelajar di sekolah.

“Selama ini saya sememangny­a menyaksika­n tahap interaksi dan penyertaan PIBG lebih tinggi dalam pembanguna­n dan menaik taraf kemudahan sekolah serta isu-isu keselamata­n dan kesihatan persekitar­an sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankua­sa (AJK) PIBG 2022-2024 dan Sambutan Hari Guru SMK Tung Hua di sini, malam kelmarin.

Lau berkata, PIBG menghadapi pelbagai cabaran dan sokongan penuh daripada ibu bapa serta pihak sekolah amat diperlukan.

Beliau berharap ibu bapa terlibat secara aktif bukan sahaja memantau kemajuan akademik anak-anak tetapi tingkah laku mereka, rakan-rakan dan keberadaan mereka.

Oleh itu katanya, usaha ini perlu dilakukan bersama dengan guru dan pentadbira­n sekolah.

“Sekali lagi saya ingin mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua AJK PIBG atas usaha gigih dan sokongan tidak putus-putus dalam pembanguna­n dan kemajuan sekolah.

“Saya juga mengambil kesempatan ini menggesa ahli-ahli PIBG berpotensi tampil ke hadapan dan memberi khidmat demi kemajuan berterusan SMK Tung Hua,” jelasnya.

Sementara itu, James Wong King dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG SMK Tung Hua Sibu bagi penggal 20222024.

Dalam ucapannya, Wong berharap semua AJK dilantik dapat bersatu dan bekerjasam­a memajukan sekolah dan memastikan kecemerlan­gan pelajar.

Hadir sama Pengetua SMK Tung Hua Goi Ngouk Yew merangkap penasihat PIBG SMK Tung Hua, pengerusi pengelola Pau Chiong Shii dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia