Utusan Borneo (Sarawak)

Riot rasmi SK Triang yang dibina dengan kos sekitar RM16.2 juta

-

Sebuah sekolah di pinggir bandar Serian, Sekolah Kebangsaan (SK) Triang telah dirasmikan oleh Duta Khas Perdana Menteri ke Jepun, Korea Selatan dan Taiwan Datuk Seri Richard Riot Jaem kelmarin.

Menurut satu kenyataan pihaknya semalam, sekolah tersebut dilengkapi kemudahan dan prasarana pendidikan dengan kos pembinaan sekitar RM16.2 juta dan siap dibina pada 21 September 2017.

“Semua ibu bapa yang belum ada anaknya bersekolah di SK Triang, Serian digalakkan untuk menjadi ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam usaha menyokong pembanguna­n pendidikan sekolah,” katanya semasa berucap pada majlis berkenaan.

Beliau katanya, berjuang selama 15 tahun untuk menubuhkan sebuah sekolah di kawasan Tong Nibong dan akhirnya sekolah berkenaan mulai beroperasi pada 2 Januari 2018.

SK Triang ujarnya, berfungsi seperti sebuah kampus kecil yang dibina untuk memberi manfaat pendidikan kepada murid dari sembilan kampung berhampira­n.

Maka itu, beliau berharap dengan adanya kemudahan sedemikian ia berupaya menjadi pemangkin kepada kecemerlan­gan pendidikan di kawasan Tong Nibong.

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) pada 2018 telah mengarahka­n sekolah berkenaan beroperasi tanpa sebarang bajet.

Sudah tentu, sebagai sebuah sekolah yang baharu, pihaknya mengalami pelbagai situasi kritikal yang perlu dihadapi tanpa bajet pelancaran.

Tetapi sekolah masih beroperasi dengan 11 guru termasuk seorang guru besar, pembantu tadbir dan penyelia asrama.

SK Triang juga mempunyai bangunan asrama yang dapat didiami seramai 100 orang namun hanya beroperasi pada 19 Januari 2018 dengan 38 murid sahaja.

Ia berikutan masih banyak kelengkapa­n perlu di asrama masih belum dibekalkan.

Sebelum itu pada paginya, Riot turut merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serian (ESSA).

Riot yang juga merupakan salah seorang bekas pelajar SMK Serian pada 1969 turut dijemput bersama meraikan bersama Majlis Gawai-Raya 2022.

Beliau meluahkan rasa bangga kerana ESSA telah banyak membantu SMK Serian dari segi kewangan dan sokongan moral dalam meningkatk­an prestasi akademik dan kokurikulu­m sekolah.

Pada masa yang sama turut mendedahka­n bahawa Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) Serian yang sedang dalam proses pembinaan kini dijangka siap menjelang Julai 2023.

Institut berkenaan merupakan pusat pengajian pendidikan lanjutan dalam bidang kemahiran.

Justeru, beliau menyeru guru mengalakka­n pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik di sekolah menyambung pelajaran mereka dalam bidang kemahiran.

 ?? ?? RASMI: (Depan, tiga kiri) Lau bersama memotong kek simbolik perasmian Majlis Angkat Sumpah AJK PIBG 2022-2024 dan Sambutan Hari Guru SMK Tung Hua di Sibu, malam kelmarin.
RASMI: (Depan, tiga kiri) Lau bersama memotong kek simbolik perasmian Majlis Angkat Sumpah AJK PIBG 2022-2024 dan Sambutan Hari Guru SMK Tung Hua di Sibu, malam kelmarin.
 ?? ?? TANDA KEDATANGAN: Riot menurunkan tandatanga­n dalam Buku Pelawat SK Triang, Serian sejurus tiba untuk majlis perasmian sekolah berkenaan semalam.
TANDA KEDATANGAN: Riot menurunkan tandatanga­n dalam Buku Pelawat SK Triang, Serian sejurus tiba untuk majlis perasmian sekolah berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia