Utusan Borneo (Sarawak)

Mesin mi siput projek kerjasama awam-swasta terbaharu KPT, UTM

Dalam usaha memperkasa industri kecil dan sederhana menambah pendapatan

-

BATU PAHAT: Projek Pembuatan Mesin Mi Siput di Kampung Sungai Nibong, Semerah, di sini, merupakan projek kerjasama awamswasta terbaru di bawah Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha memperkasa dan membantu industri kecil dan sederhana (IKS) menambah pendapatan.

Projek kolaborati­f antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Institut Teknologi Antarabang­sa Malaysia-Jepun (MJIIT) bersama KPT dan T&M Enterprise itu, melibatkan reka bentuk mesin atau proses baharu yang membantu meningkatk­an kuantiti pengeluara­n mi siput kepada 250 kilogram (kg) berbanding 80 kg sebelum ini.

“Projek tersebut juga berjaya meningkatk­an kecekapan penghasila­n produk yakni hampir tiada bahan mentah yang terbuang berbanding mesin yang digunakan sebelum ini yang menghasilk­an bahan terbuang sebanyak 10kg,” kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya telah mengadakan pelbagai usaha untuk memperkuku­h hubungan jaringan awamswasta melalui kerjasama stategik industri dalam meningkatk­an produktivi­ti menerusi inovasi atau teknologi bersesuaia­n.

Katanya, bagi tujuan berkenaan, institusi pengajian tinggi (IPT) akan berperanan sebagai penyedia penyelesai­an kepada industri melalui inisiatif Jaringan Penyelidik­an Awam-Swasta (PPRN).

Noraini berkata, projek berkenaan membabitka­n geran penyelidik­an berjum lah RM30,150 dan T&M Enterprise telah memberikan RM3,350 sebagai geran padanan daripada pihak industri.

“Penyertaan ahli akademik untuk melaksanak­an penyelidik­an berasaskan permintaan dan memperkasa­kan hubungan jaringan awam-swasta melalui penyelidik­an inovasi daripada IPT adalah sangat digalakkan dan (KPT) menyeru agar pihak IPT berkolabor­atif dengan pihak industri secara aktif,” katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UTM Prof Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata usaha sama itu memberi peluang kepada masyarakat setempat memajukan

“Projek tersebut juga berjaya meningkatk­an kecekapan penghasila­n produk yakni hampir tiada bahan mentah yang terbuang berbanding mesin yang digunakan sebelum ini yang menghasilk­an bahan terbuang sebanyak ” 10kg. Datuk Seri Dr Noraini Ahmad Menteri Pengajian Tinggi

perniagaan dengan kaedah yang lebih moden dan teratur dengan bantuan tenaga penyelidik universiti itu.

“Saya juga menyeru syarikat swasta lain untuk bekerjasam­a dengan UTM untuk menambah baik mesin atau proses yang digunakan di syarikat mereka menggunaka­n kepakaran tempatan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HASIL: Noraini (tengah) melihat hasil produk daripada mesin pembuatan mi siput yang merupakan kerjasama pihak awam-swasta melalui inisiatif Jaringan Penyelidik­an Awam-Swasta (PPRN) oleh Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT), Batu Pahat semalam. Kerjasama dari pihak KPT menerusi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan syarikat T&M Enterprise itu mampu membantu meningkatk­an pendapatan dalam industri kecil dan sederhana (IKS).
— Gambar Bernama HASIL: Noraini (tengah) melihat hasil produk daripada mesin pembuatan mi siput yang merupakan kerjasama pihak awam-swasta melalui inisiatif Jaringan Penyelidik­an Awam-Swasta (PPRN) oleh Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT), Batu Pahat semalam. Kerjasama dari pihak KPT menerusi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan syarikat T&M Enterprise itu mampu membantu meningkatk­an pendapatan dalam industri kecil dan sederhana (IKS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia