Utusan Borneo (Sarawak)

Ratusan kanak-kanak DRC terpisah daripada keluarga

Keganasan memaksa berpuluh ribu penduduk meninggalk­an rumah

-

KAMPALA, Uganda: Lebih 800 kanak-kanak telah terputus hubungan dengan keluarga mereka kesan daripada pertempura­n sengit antara pasukan tentera kerajaan dan pemberonta­k di timur Republik Demokratik Kongo, menurut seorang pegawai Palang Merah kelmarin.

Keganasan baharu sejak beberapa bulan lepas telah memaksa berpuluh ribu orang untuk meninggalk­an rumah mereka di kawasan Rutshuru di DR Congo berhampira­n sempadan dengan Uganda.

“Pasukan Palang Merah kami di Uganda dan DRC memberitah­u kami bahawa 800 kanak-kanak telah terpisah dengan keluarga mereka akibat peningkata­n dalam keganasan di wilayah Rutshuru,” pegawai komunikasi Palang Merah di Uganda, Irene Nakasiita memberitah­u AFP.

Perbalahan telah menjadi semakin tegang sejak beberapa bulan selepas militia pemberonta­k M23 menuduh kerajaan Kinshasa sebagai gagal untuk menghormat­i satu perjanjian 2009 di mana pihak tentera akan menggabung­kan pejuangnya.

Nakasiita menyatakan 716 kanak-kanak yang tidak ditemani dari Congo setakat ini telah didaftarka­n di Uganda sahaja, sementara 155 telah disatukan dengan keluarga mereka.

“Malangnya, situasi keselamata­n di wilayah menyebabka­n pencarian bagi orang yang hilang dan menyatukan semula mereka dengan keluarga mereka adalah sukar,” menurut Internatio­nal Committee of the Red Cross dalam satu kenyataan.

“Akses ke kawasan asal di mana terdapat orang yang tiada tempat tinggal itu adalah sangat berisiko dan anggota keluargany­a seringkali berpindah randah,” tambahnya lagi.

Pihak United Nations Office for the Coordinati­on of Humanitari­an Affairs (OCHA) menyatakan pada Rabu bahawa 13 orang awam termasuk empat orang kanak-kanak telah terkorban dalam pertempura­n di daerah Rutshuru di antara 19 dan 21 Jun.

“Beberapa buah kampung di wilayah Rutshuru telah secara praktikaln­ya kosong bagi pendudukny­a, sebahagian dari mereka telah melarikan diri ke Uganda,” jelasnya.

Sekurang-kurangnya 158,000 orang telah terpaksa meninggalk­an rumah mereka sejak Mac di Rutshuru dan kawasan berhampira­n Nyiragongo kerana konflik, kata PBB. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia