Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Rusia bunuh sehingga 80 orang pejuang Poland di Ukraine: Moscow

-

MOSCOW, Rusia: Rusia menyatakan kelmarin bahawa pada Sabtu lepas pasukan tentera telah membunuh “sehingga 80 orang” pejuang Poland dalam “serangan tepat” di timur Ukraine.

“Seramai 80 tentera upahan, 20 buah kenderaan perang berperisai dan lapan buah pelancar roket pelbagai grad telah dimusnahka­n dalam serangan tepat ke atas kilang zink Megatex di Konstantin­ovka” di wilayah Donetsk, menurut kementeria­n pertahanan Rusia dalam satu kenyataan, yang tidak dapat disahkan secara bebas.

Wilayah yang diakui oleh Rusia, telah menjadi kawasan perang sejak Moscow memulakan seranganny­a di Ukraine pada lewat Februari.

Pihak kementeria­n Rusia tidak menyatakan bila serangan berlaku. Dalam kenyataann­ya, kementeria­n menambah bahawa “lebih 300 tentera Uraine dan tentera upahan asing termasuk 35 senjata berat telah dimusnahka­n dalam masa sehari di Mykolaiv,” sebuah bandar Laut Hitam di selatan Ukraine.

Rusia menyatakan bahawa anggota sukarela asing yang didakwa sebagai “tentera upahan” berjuang bersama pasukan tentera Ukraine.

Pada April kementeria­n pertahanan menyatakan kira-kira 30 “tentera upahan” Poland telah terkorban di bandar timur laut Kharkiv. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia