Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Mali dakwa telah ‘meneutralk­an’ 50 pejuang jihad

Seorang anggota terbunuh dalam serangan di balai polis Nigeria

-

BAMAKO, Mali: Tentera Mali menyatakan ia telah “meneutralk­an” 50 “orang pejuang jihad” di sebuah kawasan di tengah negara di mana lebih dari 130 orang warga awam telah terkorban seminggu yang lepas.

Kerajaan menuduh pejuang jihad yang dikaitkan dengan Al-Qaedaagi atas pembunuhan beramai-ramai orang awam di Diallassag­ou dan dua buah kampung berhampira­n pada hujung minggu lepas, pembunuhan besar-besaran terbaharu di wilayah Sahel.

“Seramai 50 pejuang jihad (telah) dineutralk­an” di kawasan Diallassou­gou di mana “keutamaan operasi adalah diarahkan berikutan serangan pengganas terhadap populasi pada malam 18 hingga 19 Jun,” menurut pihak tentera dalam satu sidang media pada lewat Jumaat.

Pihak tentera turut melaporkan “dua pemerhati pengganas telah dibunuh” di kawasan tengah Mondoro, sebagai tambahan kepada

“lapan suspek pengganas telah ditahan” di selatan negara ketika satu operasi berasingan.

Kerajaan menuduh pejuang jihad Macina Katiba yang dikaitkan dengan AlQaeda bagi pembunuhan 132 warga awam di kawasan Diallassag­ou di tengah Mali, salah satu daripada tumpuan utama bagi keganasan yang telah membelengg­u Sahel selama beberapa tahun.

Kumpulan itu menafikan melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam satu kenyataan, menurut kumpulan pemerhati Perisikan SITE pada Jumaat lepas.

Pertumpaha­n darah Diallassag­ou merupakan salah satu daripada pembunuhan warga awam terburuk yang pernah disaksikan Mali sejak beberapa tahun.

Negara Sahel sejak 2012 telah digegarkan oleh pejuang jihad.

Keganasan bermula di utara dan kemudian merebak ke tengah dan negara jiran Burkina Faso dan Niger. — AFP

KANO, Nigeria: Penyerang bersenjata telah membunuh seorang anggota polis dalam satu serbuan ke atas sebuah balai polis di tengah Nigeria, dalam serangan terbaharu sebegitu di negara paling ramai penduduk di Afrika, menurut polis.

Penyerang pada Jumaat lepas menggunaka­n bahan letupan bagi memusnahka­n sebahagian daripada balai polis di pekan Eika-Ohizenyi di wilayah Kogi, kemudian melibatkan anggota polis dalam satu pertempura­n senjata, jurucakap polis wilayah Kogi William Ovye Aya berkata dalam satu kenyataan kemudian pada hari yang sama.

“Seorang inspektor polis meninggal dunia dalam pertempura­n senjata dengan penjahat, sebelum mereka membalas balik dengan bantuan pasukan polis bantuan,” kata beliau.

Pihak polis telah melancarka­n satu siasatan mengenai insiden tersebut bagi mencari pelaku, tambah beliau.

Kumpulan penjenayah dan pejuang jihad telah beberapa kali menyerang balai polis dan melakukan rusuhan penjara bagi membebaska­n rakan mereka di daerah Kogi.

Selama beberapa tahun, kumpulan cabang tempatan ISWAP bagi kumpulan pejuang jihad Islamic State telah melakukan serangan di kawasan itu, di luar kubu kuat asalnya di bahagian timur laut negara.

Pada 2017, penyerang bersenjata menyerang balai polis yang sama di EikaOhizen­yi, membunuh dua anggota polis dan seorang ketua masyarakat.

Pada September tahun lepas, penyerang berjaya membebaska­n kira-kira 200 tahanan dari sebuah penjara di pekan berhampira­n Kabba, menurut pihak berkuasa penjara.

Manakala pada April, tiga anggota polis terkorban ketika penyerang bersenjata menyerang sebuah balai polis di pekan Adavi, satu insiden di mana ISWAP kemudian mengaku bertanggun­gjawab.

Pihak tentera Nigeria sedang berdepan satu keganasan pejuang jihad selama 12 tahun di bahagian timur laut.

Kumpulan penjenayah yang bersenjata penuh turut melakukan rompakan dan penculikan beramai-ramai di bahagian barat laut dan utara tengah di negara ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia