Utusan Borneo (Sarawak)

Pertempura­n jalanan berlaku di Lysychansk: Pemisah pro-Rusia

-

MOSCOW, Rusia: Pasukan tentera Rusia dan sekutunya telah memasuki Lysychansk kelmarin dan pertempura­n di jalan berlaku di timur bandar Ukraine yang bersebelah­an dengan bahagian strategik Severodone­tsk, menurut pihak pemisah pro-Moscow.

“Militia rakyat dari Lugansk People’s Republic dan tentera Rusia telah memasuki bandar Lysychansk,” seorang wakil bagi pemisah pro-Rusia, Andrei Marochko, berkata dalam Telegram.

“Perbalahan jalanan sedang berlaku sekarang,” tambah beliau.

Dakwaan, yang tidak dapat disahkan secara bebas, muncul selepas pasukan tentera Ukraine diarahkan untuk berundur dari Severodone­tsk, sebuah bandar utama di timur wilayah Donbas yang mana Rusia sedang berusaha untuk menawannya.

Pasukan tentera Rusia dan sekutu pemisah mereka telah mendapat keuntungan sejak beberapa minggu ini dengan menawan satu rangkaian kampung-kampung selepas pertempura­n sengit selama beberapa minggu melibatkan serangan artileri yang sengit.

Menawan Severodone­tsk dan Lysychansk akan membolehka­n Rusia untuk memberikan perhatian terhadap Kramatorsk dan Slovyansk yang berada di barat dalam satu cubaan untuk menawan Donbas, pusat utama perindustr­ian di Ukraine.

Menawan dua buah bandar akan melengkapk­an penaklukan Rusia ke atas Lugansk, yang meliputi Donbas bersama dengan wilayah Donetsk. Severodone­tsk merupakan bandar paling besar di Lugansk masih berada di bawah kawalan Ukraine.

Donbas yang kebanyakan­nya berbahasa Rusia sejak 2014 telah separuh berada di bawah kawalan pemisah pro-Moscow, yang membentuk sebuah republik pecahan sendiri di Lugansk dan Donetsk. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia