Utusan Borneo (Sarawak)

Pelakon asing jalani penggambar­an di Thailand diberi pengecuali­an cukai

- Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK: Kabinet Thailand meluluskan pengecuali­an cukai pendapatan peribadi selama lima tahun untuk pelakon asing yang menjalani penggambar­an di negara itu, dalam usahanya untuk mempromosi­kan Thailand sebagai destinasi penggambar­an filem.

Timbalan jurucakap kerajaan Rachada Dhnadirek berkata, mesyuarat Kabinet pada Selasa yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha meluluskan pengecuali­an cukai itu.

Beliau berkata, Thailand mengumpul purata 3.5 bilion baht setiap tahun daripada kru asing yang menjalani penggambar­an di negara ini antara 2017 dan 2021.

“Thailand akan kerugian kira-kira 71.75 juta baht berikutan pengecuali­an cukai untuk bintang filem asing,” katanya.

Pada masa ini, Rachada berkata Thailand menawarkan beberapa insentif kewangan untuk mempromosi­kan penggambar­an filem asing dengan setiap syarikat produksi akan menerima rebat tunai sebanyak 15 hingga 25 peratus daripada perbelanja­an ditanggung di Thailand, yang dihadkan pada 75 juta baht.

Katanya, sebelum ini pelakon asing dikehendak­i membayar cukai pendapatan peribadi daripada pendapatan mereka di Thailand, selain cukai yang perlu dibayar di negara asal.

Cukai dua kali itu mungkin menghalang mereka daripada menjalani penggambar­an di Thailand, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia