Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta terjunam: Mayat wanita, dua anak ditemui

Kemalangan berlaku di Jambatan Syed Omar petang kelmarin

-

“Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Masyitoh dari arah Kuala Ketil menghala ke Sungai Petani telah hilang kawalan ke kiri jalan sebelum terbabas ” dan terjunam ke dalam Sungai Muda.

ALOR SETAR: Mayat tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling (sempadan Baling-Sungai Petani), kelmarin ditemui awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata mayat Masyitoh Ibrahim, 37, dan dua anak lelakinya Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, dijumpai di dalam kereta jenis Proton Persona yang tenggelam di dalam sungai itu.

“Mayat guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong, Kuala Ketil itu ditemui bersama dua anaknya yang merupakan murid tahun satu dan prasekolah di sekolah yang sama. Kesemua mereka yang tinggal di Lorong Kemboja, Sungai Petani itu memakai tali pinggang keledar.

“Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Masyitoh dari arah Kuala Ketil menghala ke Sungai Petani telah hilang kawalan ke kiri jalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam

Sungai Muda,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata mayat tiga beranak itu telah dibawa ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penolong

Pesuruhjay­a Bomba Syufaat Kamaron berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.42 petang kelmarin berhubung kejadian sebuah kereta terbabas ke dalam sungai.

“Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang membuat selaman telah berjaya menemukan kereta berkenaan kira-kira jam 1.41 pagi di kedalaman 25 kaki. Anggota PPDA telah membantu memasang kabel bagi membolehka­n kren membawa naik kereta itu ke darat.

“Kereta itu berjaya dinaikkan pada 3.30 pagi dan kesemua mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a. Operasi ditamatkan sepenuhnya jam 4.43 pagi,” katanya. — Bernama

Supt Shamsudin Mamat Ketua Polis Daerah Baling

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia