Utusan Borneo (Sarawak)

Polis lengkapkan kertas siasatan kes buli pelajar di Teluk Intan

-

Polis telah melengkapk­an siasatan kes buli hingga mendatangk­an kecederaan membabitka­n seorang pelajar tingkatan dua di sebuah asrama sekolah menengah di Teluk Intan, Khamis lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalath­rash Wahid berkata kesemua 10 pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun yang ditahan reman selama empat hari sehingga esok (hari ini) akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Reman tidak disambung kerana siasatan telah selesai dan kesemua suspek akan dibebaskan dengan jaminan polis. “Kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya Perak untuk arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Beliau berkata pemeriksaa­n ke atas mangsa yang dirawat di Hospital Teluk Intan mendapati terdapat retak tulang rusuk belakang, kesan melecur pada belakang badan sebelah kanan, kecederaan tisu lembut pada betis kanan, dada, belakang, kedua-dua lengan, dagu dan pipi.

“Selain itu, ada kesan melecur ditekap dengan seterika di bahagian belakang badan sebelah kanan. Mangsa telah dibenarkan pulang dan telah keluar dari Hospital Teluk Intan semalam (kelmarin),” katanya.

Polis sebelum ini menahan 10 pelajar senior kepada mangsa pada Khamis selepas menerima laporan berhubung kes itu pada hari yang sama.

Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipukul secara beramai-ramai serta dicederaka­n dengan menggunaka­n seterika panas.

Kejadian dipercayai berpunca akibat cemburu terhadap mangsa yang berbual dengan seorang pelajar perempuan yang juga teman wanita kepada seorang daripada suspek. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? INGIN TAHU: Acryl Sani (tengah) mendengar penerangan daripada egawai shopee ketika lawatan gerai pada Majlis Perasmian Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘Let Fight Scammer Together’ dekat Johor Bharu semalam.
— Gambar Bernama INGIN TAHU: Acryl Sani (tengah) mendengar penerangan daripada egawai shopee ketika lawatan gerai pada Majlis Perasmian Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘Let Fight Scammer Together’ dekat Johor Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia