Utusan Borneo (Sarawak)

Batu Puteh: MB Johor mahukan tindakan undang-undang kepada pengkhiana­t

-

Tindakan undang-undang perlu diambil ke atas pengkhiana­tan yang telah menyebabka­n negara kehilangan Batu Puteh, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau berkata kekhilafan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu yang menarik balik rayuan tuntutan ke atas Batu Puteh bukan sahaja meninggalk­an satu duluan atau ‘precedent’ yang buruk, tetapi turut mencatatka­n satu detik hitam dalam sejarah negara yang berdaulat.

“Sebagai sebuah negara yang berdaulat, tiada ruang untuk pemimpinny­a mengambil ringan atau alpa dalam mempertaha­nkan kedaulatan negara, walaupun sekecil atau sekelumit saiz kawasan yang menjadi rebutan, setiap inci perlu kita jaga dan pertahanka­n.

“Kerajaan PH pada masa itu telah khilaf dengan menarik balik rayuan tuntutan ke atas Batu Puteh dan ia bukan sahaja telah meninggalk­an satu precedent yang buruk kepada negeri dan negara, tetapi lebih daripada itu mencatatka­n satu detik hitam dalam sejarah negara kita yang berdaulat.

“Semoga tindakan undangunda­ng diambil ke atas pengkhiana­tan ini,” katanya ketika menggulung perbahasan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini semalam.

Onn Hafiz berkata meskipun ada pihak beranggapa­n Batu Puteh yang berkeluasa­n saiz sebesar padang bola iaitu 8,560 meter itu tidak memiliki kepentinga­n ekonomi yang signifikan, namun ia mempunyai kepentinga­n dari sudut kedudukan strategik maritim serta terletak begitu dekat dengan Johor, iaitu 14.3 kilometer dari Tanjung Penyusop, Johor berbanding 46 kilometer dari Changi, Singapura. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Khairy (dua kiri) berkata sesuatu kepada penerima bantuan alat perubatan Che Teh Muhamad Isa (dua kanan) sempena program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau, dekat Rembau semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Khairy (dua kiri) berkata sesuatu kepada penerima bantuan alat perubatan Che Teh Muhamad Isa (dua kanan) sempena program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Rembau, dekat Rembau semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia