Utusan Borneo (Sarawak)

MAHA 2022 di Selangor dijangka terima sambutan menggalakk­an

-

Penganjura­n Ekspo Pertanian, Hortikultu­r dan Agropelanc­ongan Malaysia (MAHA) 2022 di Selangor yang bermula 4 Ogos depan dijangka mendapat sambutan menggalakk­an daripada pengunjung.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, ini kerana pengunjung mungkin teruja untuk ke ekspo itu memandangk­an sudah empat tahun ia tidak diadakan susulan beberapa faktor termasuk penularan COVID-19.

“Jadi kali ini, saya rasa penganjura­nnya akan mendapat sambutan yang cukup baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Terus Dari Ladang Wilayah Selatan di sini kelmarin.

Turut hadir Exco Pembanguna­n Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman serta

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Melaka Hairudin

Yunos.

Ahmad berkata MAHA 2022, yang berlangsun­g di

Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Sedang sehingga 14 Ogos ini, akan disertai kira-kira 250 usahawan sektor tanaman, perikanan dan penternaka­n dari seluruh negara.

Beliau juga berkata ekspo itu menyasarka­n untuk menarik kehadiran 100,000 pengunjung setiap hari dengan hasil jualan melebihi RM250 juta. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SOKONG PRODUK TEMPATAN: Ahmad (tiga kanan) melawat gerai pameran dan jualan selepas merasmikan Program Jualan Terus Dari Ladang Wilayah Selatan di Melaka, kelmarin. Turut hadir Abdul Razak (kanan).
— Gambar Bernama SOKONG PRODUK TEMPATAN: Ahmad (tiga kanan) melawat gerai pameran dan jualan selepas merasmikan Program Jualan Terus Dari Ladang Wilayah Selatan di Melaka, kelmarin. Turut hadir Abdul Razak (kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? GIMIK PERASMIAN: Ahmad (tengah) ketika merasmikan Program Jualan Terus Dari Ladang Wilayah Selatan di Melaka, kelmarin. Turut hadir Abdul Razak (dua kiri).
— Gambar Bernama GIMIK PERASMIAN: Ahmad (tengah) ketika merasmikan Program Jualan Terus Dari Ladang Wilayah Selatan di Melaka, kelmarin. Turut hadir Abdul Razak (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia