Utusan Borneo (Sarawak)

Pemasangan EWS diutamakan di kawasan berisiko bencana geologi

JMG Malaysia mempunyai maklumat berkenaan lokasi berisiko terbabit

-

YAN: Kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi berlaku bencana geologi aliran puing akan diberi keutamaan untuk dibangunka­n Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran atau Early Warning System (EWS) sebagai persediaan menghadapi bencana itu.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia mempunyai maklumat berkenaan lokasi berisiko terbabit, namun ia tidak boleh didedahkan buat masa ini.

“Mungkin ada satu kawasan itu yang pada pandangan pakar kita, ada risiko dan perlu diberi keutamaan. Kita tidak boleh tunggu sehingga kejadian bencana berlaku baru nak ambil tindakan.

“Macam di Sabah selalu berlaku, mungkin kita kena tengoklah nanti. Saya sudah pergi ke Sabah dan tengok risiko-risiko (di kawasan tertentu di sana),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program kesedaran EWS Bencana Geologi Aliran Puing bersama Komuniti Jerai Geopark di sini semalam.

Beliau berkata, EWS yang dipasang Titi Hayun di sini ekoran bencana geologi aliran puing pada Ogos tahun lepas, merupakan projek rintis yang akan dijadikan sebagai penanda aras dan model nasional dalam penguranga­n risiko bencana geologi aliran puing.

Katanya, sistem tersebut yang ketika ini sudah beroperasi akan dipasang di lokasi lain berdasarka­n perancanga­n yang sedang dirangka kementeria­n dan JMG.

“Mungkin ada satu kawasan itu yang pada pandangan pakar kita, ada risiko dan perlu diberi keutamaan. Kita tidak boleh tunggu sehingga kejadian bencana berlaku baru nak ambil ” tindakan. Datuk Seri Takiyuddin Hassan Menteri Tenaga dan Sumber Asli

Selain itu, Takiyuddin berkata JMG juga akan mengenal pasti pembanguna­n-pembanguna­n baharu termasuk projek infrastruk­tur di kawasan berisiko tinggi yang boleh mengundang kepada kejadian yang tidak diingini.

“(Contohnya) di Sabah... ada pembinaan sebuah jambatan terpaksa diberhenti­kan, ia dibuat di kawasan yang berisiko tinggi dan tidak boleh diteruskan atas nasihat JMG. Kita tidak mahu selepas 10 tahun projek siap akan berlaku insiden atau bencana,” katanya.

Sistem EWS di Titi Hayun dibangunka­n melalui kerjasama pintar antara JMG dan Universiti Teknologi Malaysia serta diintegras­ikan dengan Sistem Amaran Awam oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Dalam kejadian pada 18 Ogos tahun lepas, bencana geologi aliran puing di Gunung Jerai telah mengorbank­an enam mangsa dan menyebabka­n banjir lumpur di beberapa kawasan di sini dan daerah Kuala Muda. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Takiyuddin (tengah) melihat penderia getaran ketika mengadakan lawatan di Tapak Perintis Pembanguna­n Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran (EWS) di Jerai Geopark Titi Hayun, Yan semalam. Turut sama Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Hisamuddin Termidi (dua kiri), Exco Industri dan Pelaburan Negeri Datuk Wira Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (dua kanan) dan Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Dr Robert Ling Kui Ee (kiri). Projek ini dibangunka­n berikutan berlakunya tragedi bencana geologi aliran puing pada 18 Ogos 2021.
— Gambar Bernama LAWATAN: Takiyuddin (tengah) melihat penderia getaran ketika mengadakan lawatan di Tapak Perintis Pembanguna­n Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran (EWS) di Jerai Geopark Titi Hayun, Yan semalam. Turut sama Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Hisamuddin Termidi (dua kiri), Exco Industri dan Pelaburan Negeri Datuk Wira Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail (dua kanan) dan Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Dr Robert Ling Kui Ee (kiri). Projek ini dibangunka­n berikutan berlakunya tragedi bencana geologi aliran puing pada 18 Ogos 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia