Utusan Borneo (Sarawak)

KPLB tunggu kelulusan MOF untuk naikkan elaun pembantu Tabika KEMAS

-

Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) kini sedang menunggu kelulusan daripada Kementeria­n Kewangan (MOF) untuk menaikkan elaun pembantu Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihaknya menjangkak­an MOF bakal memberikan maklum balas mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

“Itu (cadangan menaikkan elaun pembantu Tabika KEMAS) kita sudah bawa ke JPA (Jabatan Perkhidmat­an Awam) dan Kementeria­n

Kewangan. Hendak naikkan elaun itu kita kena ada kelulusan daripada Kementeria­n Kewangan untuk dapatkan wang itu balik kepada kita (KPLB). Insya-Allah kita akan dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengurniak­an skrol diploma dan sijil kepada 648 graduan Kolej Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pada Majlis Konvokesye­n Kolej Ketengah yang Ke-3 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu, di sini semalam.

Mahdzir berkata, cadangan supaya elaun pembantu Tabika KEMAS dinaikkan telah disuarakan beberapa pihak sebelum ini, berikutan bebanan tugas golongan itu yang semakin meningkat dan tidak setimpal dengan gaji yang diterima iaitu RM500 sebulan.

“Dahulu tugas pembantu Tabika KEMAS hanyalah untuk memasak dan selepas itu mereka pulang. Itu sahaja. Namun kemudianny­a pembantu tabika ini sudah jadi seperti cikgu pula. Banyak kerja yang dia (pembantu Tabika KEMAS) kena buat,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir berkata kertas cadangan untuk menaik taraf guru Tabika KEMAS daripada lulusan diploma kepada Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah dibawa dan dibincangk­an ke JPA.

Katanya, pelbagai perkara perlu dipertimba­ngkan oleh kerajaan sebelum meluluskan cadangan tersebut termasuk mengenai bajet dan masa yang sesuai untuk melaksanak­annya.

“Setakat ini ia masih lagi dalam proses perbincang­an. Kita ada ‘focus group’. Kita kena tahu hendak buat ini perlu mengikut kumpulan demi kumpulan. Kita hendak tahu bila kita boleh mula buat, ia juga akan melibatkan emolumen dan selepas itu kita kena tahu berapa bajet yang diperlukan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERONOK: Sebahagian murid pra sekolah menyertai aktiviti yang disediakan pada Program Singgah Sains Terengganu 2022 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Kuala Terengganu semalam. Program anjuran Pusat Sains Negara (PSN) dengan kerjasama PSKT ini diperkenal­kan dalam usaha untuk mendekati masyarakat terutamany­a golongan muda dan pelajar bagi memupuk minat dan meningkatk­an populariti bidang sains, teknologi dan Inovasi.
— Gambar Bernama SERONOK: Sebahagian murid pra sekolah menyertai aktiviti yang disediakan pada Program Singgah Sains Terengganu 2022 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Kuala Terengganu semalam. Program anjuran Pusat Sains Negara (PSN) dengan kerjasama PSKT ini diperkenal­kan dalam usaha untuk mendekati masyarakat terutamany­a golongan muda dan pelajar bagi memupuk minat dan meningkatk­an populariti bidang sains, teknologi dan Inovasi.
 ?? — Gambar Bernama ?? PELUANG: Sebahagian pelajar sekolah tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti yang terdapat pada Program Singgah Sains Terengganu 2022 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama PELUANG: Sebahagian pelajar sekolah tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti yang terdapat pada Program Singgah Sains Terengganu 2022 di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia