Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Sains Negara bawa pameran ‘Dunia Galaksi’ bernilai RM500,000 ke Terengganu

-

Program Singgah Sains yang diperkenal­kan Pusat Sains Negara (PSN) pada tahun 2014 kini meneruskan jelajahnya ke Terengganu, dengan bahan pameran bertemakan ‘Dunia Galaksi’.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, sebanyak sembilan set bahan pameran modular berkonsepk­an fizik astronomi bernilai RM500,000, kini ditempatka­n di Pusat Sains

Kuala Terengganu (PSKT) untuk tempoh dua tahun akan datang.

“Program ini adalah salah satu inisiatif pembudayaa­n sains, teknologi dan inovasi (STI) oleh PSN, untuk mendekati masyarakat terutamany­a golongan muda dan pelajar, bagi memupuk minat dan meningkatk­an populariti bidang STI.

“Kementeria­n juga akan mempertimb­angkan permintaan banyak pihak termasuk daripada Kerajaan

Negeri Terengganu, untuk membawa program ini dalam skala lebih kecil ke kawasan luar bandar untuk memberi peluang sama kepada penduduk di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Singgah Sains Terengganu 2022 di sini semalam.

Pelbagai aktiviti menarik dan interaktif juga telah disusun bagi memupuk minat generasi muda terhadap bidang sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) di

PSKT, antaranya Pertanding­an Dron, ‘Do It Yourself Science’, ‘STEM Challenge’ dan Sudut STEM.

Pameran Dunia Galaksi juga dilengkapi dengan persekitar­an berinterak­tif, bahan dan teks saintifik serta maklumat berbentuk grafik, agar pengunjung dapat memahami ilmu astronomi, fizik dan fenomena seperti fasa bulan, peredaran atmosfera, hukum newton serta buruj dengan lebih berkesan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia