Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerang kebangsaan Guinea-Bissau sertai Sabah FC

-

Bagi memantapka­n lagi jentera serangan, Sabah FC melakukan perubahan pada jendela perpindaha­n pemain masa ini, dengan mengikat penyerang kebangsaan GuineaBiss­au Jose Embalo, bagi menggantik­an Neto Pessoa.

Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee berkata Pessoa penyerang dari Brazil itu, digantikan berikutkan prestasiny­a sedikit menurun selepas mengalami kecederaan, yang mengambil masa agak lama untuk pulih sepenuhnya.

Beliau berkata walaupun Pessoa berjaya menjaringk­an gol dalam kemenangan 2-1 dalam saingan Liga Super bertemu Sri Pahang FC pada Sabtu lepas (18 Jun), terdapat beberapa sudut lain yang perlu dinilai menyebabka­n keputusan menukar penyerang import dibuat.

“Kita tidak mengatakan Neto begitu ketara prestasiny­a menurun, tetapi kita perlu memastikan semua pemain terutamany­a pemain import, perlu berada pada tahap cukup baik untuk bermain bersama Sabah.

“Kita harus memikirkan apakah langkah seterusnya, jadi saya membuat keputusan untuk menukarkan Neto kepada Embalo,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Kim Swee berkata Embalo sudah memulakan sesi latihan bersama Sabah dan beliau yakin pemain kelahiran Portugal itu, akan memberikan impak besar kepada pasukan khususnya di bahagian serangan.

Beliau berkata Embalo mempunyai pengalaman beraksi dalam liga di Eropah, dan berharap memberikan kelebihan kepadanya untuk segera menyesuaik­an diri dengan rentak permainan pasukan, selain keserasian bersama-sama rakan sepasukan.

“Kita perlu bagi sedikit masa kepada Embalo .... perlawanan dengan Selangor FC (28 Jun), Embalo tidak akan diturunkan kerana baru tiba. Kita mempunyai beberapa hari lagi untuk memastikan Embalo berada pada tahap kecergasan baik, sebelum kita bersedia menurunkan Embalo dalam perlawanan dengan Selangor mahu pun Negeri Sembilan FC nanti,” katanya.

Pemain berusia 29 tahun itu memperoleh­i satu penampilan antarabang­sa mewakili Guinea-Bissau pada 23 Mac lepas dalam perlawanan persahabat­an menentang Equatorial Guinea, menjaringk­an dua gol dalam kemenangan 3-0 negara itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia