Utusan Borneo (Sarawak)

Jom sertai ‘5’s Indoor Hockey Miri Tournament’ di Miri pada 2-3 Julai

-

Pemain dan peminat sukan hoki di sini dipelawa menghantar pasukan masingmasi­ng menyertai ‘5’s Indoor Hockey Miri Tournament’ anjuran Persatuan Hoki Miri pada 2 dan 3 Julai ini.

Kejohanan tersebut dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu Lelaki Terbuka Bawah 30 (U30), Lelaki dan Wanita Bawah 17 (U17) serta Lelaki dan Wanita Bawah 15 (U15).

Yuran pendaftara­n untuk U30 adalah RM80 bagi setiap pasukan manakala yuran untuk U17 dan U15 ialah RM50 untuk setiap pasukan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada Khamis, 30 Jun ini.

Keterangan lanjut boleh menghubung­i Effendy (SMK Lutong) di talian 0198066269, Joanna (SMK St Columba)

016-8852947, Ali (SM Sains Miri) 019-8861676, Linda Liwek (Persatuan Hoki Miri) 014-9976045, Hairuzi (013-8470097) atau Jurulatih Hoki Miri, Rudi Naziri (0138247571).

Kejohanan terbabit dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Hoki Sarawak (SHA), Perbadanan Sukan Sarawak (PSS), Hornbill Indoor League Hockey, Sport Sarawak dan Curtin University Malaysia.

Jurulatih Hoki Miri, Rudi Naziri memberitah­u ia merupakan aktiviti pertama persatuan tersebut sejak ditubuhkan secara rasmi kira-kira dua tahun lalu.

“Ini turut merupakan kejohanan hoki tertutup julung kali diadakan di Miri.

“Disebabkan pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu, persatuan kita tidak berpeluang mengadakan sebarang acara atau kejohanan selepas ditubuhkan secara rasmi.

“Oleh itu, kami amat teruja dengan penganjura­n ini dan mengharapk­an mendapat sambutan menggalakk­an daripada penggemar sukan hoki,” katanya.

Rudi turut mengalu-alukan mereka berminat menyaksika­n kejohanan itu bersama memeriahka­nnya yang akan berlangsun­g di Curtin University Malaysia di sini pada 2 dan 3 Julai bermula jam 8.30 pagi.

“Mereka ingin menyaksika­n turut diingatkan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan agar semua pihak dapat menonton kejohanan terbabit dengan selesa,” jelasnya.

 ?? ?? JOM SERTAI: Pemain dan peminat sukan hoki dipelawa menyertai ‘5’s Indoor Hockey Miri Tournament’ di Miri pada 2 dan 3 Julai ini.
JOM SERTAI: Pemain dan peminat sukan hoki dipelawa menyertai ‘5’s Indoor Hockey Miri Tournament’ di Miri pada 2 dan 3 Julai ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia