Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu wanita cedera kereta terbalik

-

BINTULU:

Seorang pemandu wanita mengalami kecederaan ringan apabila kenderaan dipandunya terlibat kemalangan kendiri sehingga terbalik di Jalan Kidurong berhadapan sebuah pasar raya di Sungai Plan di sini awal semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.03 pagi dan mengerahka­n anggota bomba ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian didapati sebuah kereta terlibat kemalangan kendiri (terbalik di tepi jalan).

“Mangsa berjaya dikeluarka­n dari dalam kenderaann­ya oleh orang awam dan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa kemudian diserahkan kepada paramedik dan ambulans untuk rawatan susulan di Hospital Bintulu sehingga operasi ditamatkan sejurus selepas itu setelah keadaan terkawal dan selamat.

 ?? ?? SELAMAT: Anggota bomba terlibat operasi menyelamat sambil mangsa menunggu bantuan susulan di tempat kejadian.
SELAMAT: Anggota bomba terlibat operasi menyelamat sambil mangsa menunggu bantuan susulan di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia