Utusan Borneo (Sarawak)

Ting cadang penganjura­n aktiviti kaligrafi Cina lebih besar di Miri

-

Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Sebastian Ting mencadangk­an kepada Pertubuhan Budaya dan Kaligrafi Cina Miri merancang aktiviti lebih besar pada tahun depan.

Katanya, penganjur boleh menjemput penyertaan kaligrafer dari dalam dan luar Sarawak menjayakan aktiviti tersebut.

Beliau berkata, ia juga sebagai landasan memperkena­l secara lebih dekat keunikan seni kaligrafi Cina kepada masyarakat dan pelancong.

“Saya mencadangk­an agar aktiviti diadakan selama dua atau tiga hari untuk mempromosi­kanbBandar raya Miri.

“Dari sini, ia boleh menjadi acara tahunan. Saya pasti kementeria­n berminat mempromosi­kan acara ini.

“Selain menggalakk­an kehadiran pelanconga­n, seni kaligrafi berkaitan dengan budaya Cina dan boleh dipromosik­an di bawah kebudayaan,” katanya kepada pemberita ketika mengunjung­i premis baharu pertubuhan itu di Lot 8690, Permyjaya di sini, kelmarin.

Menurut Ting, dalam masyarakat Cina seni kaligrafi adalah antara seni kreatif yang memerlukan penguasaan dalam bahasa Cina termasuk penggunaan perkataan dan peribahasa.

“Setiapayat­memberiban­yak makna. Seorang kaligrafer baik harus mempunyai asas bahasa Cina yang kuat serta latihan berterusan,” katanya sambil menambah, terdapat pelbagai cara penulisan kaligrafi boleh diajar dan dikuasai.

Tentang aktiviti itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau itu berkata ia peluang mempertemu kaligrafer dalam dan luar Miri selain memperkena­l pusat kaligrafi Cina di sini.

Seramai 11 kaligrafer dari Kuching, Johor dan Sabah dijemput berkongsi pengalaman dan mendemonst­rasikan seni kaligrafi mereka kepada penulis baharu.

“Aktiviti ini adalah untuk mempromosi­kan kaligrafi Cina dan peluang untuk menambah dana dengan menjual hasil seni mereka,” jelasnya.

Ting berkata, pertubuhan yang telah berpindah ke premis baharu itu memerlukan dana untuk kerja-kerja renovasi.

Beliau turut menyumbang dana projek kecil luar bandar (MRP) kepada tabung pertubuhan tersebut.

Hadir sama Presiden Persatuan-Persatuan Cina Bersekutu (FCA) Datuk David Goh dan Pengerusi Pertubuhan Budaya dan Kaligrafi Cina Miri Kam Mui Mui.

 ?? ?? DEMONSTRAS­I: (Dari tengah) Ting, Kam dan Goh menyaksika­n demonstras­i tulisan kaligrafi Cina di premis Pertubuhan Budaya dan Kaligrafi Cina di Permyjaya, Miri, kelmarin.
DEMONSTRAS­I: (Dari tengah) Ting, Kam dan Goh menyaksika­n demonstras­i tulisan kaligrafi Cina di premis Pertubuhan Budaya dan Kaligrafi Cina di Permyjaya, Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia