Utusan Borneo (Sarawak)

Tempoh perkhidmat­an Yii, timbalan dan jawatankua­sanya dilanjut hingga 31 Dis

-

ADUN Pujut Adam Yii yang kini menyandang jawatan Datuk Bandar Miri akan menyambung perkhidmat­an sehingga tempoh enam bulan lagi mulai 1 Julai ini.

Mengumumka­n perkara tersebut semasa mesyuarat penuh bulanan Majlis Bandaraya Miri (MBM) di sini semalam, Yii memberitah­u, selain beliau, jawatan Timbalan Datuk Bandar Miri yang disandang Julaihi Mohamad serta semua ahli majlis (kaunselor) turut disambung perkhidmat­an mereka.

“Penerimaan Surat Pekeliling daripada Kementeria­n Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan memaklumka­n bahawa pelantikan penggal jawatan Datuk Bandar, Timbalan Datuk Bandar dan semua Ahli Majlis dilanjutka­n selama enam bulan lagi bermula 1 Julai 2022 hingga 31 Disember 2022.

“Sehubungan itu, saya ingin mengucapka­n tahniah kepada Timbalan Datuk Bandar dan semua Ahli Majlis atas lanjutan pelantikan mereka,” katanya sambil menambah, agar mereka akan terus memberi khidmat terbaik kepada penduduk di bandar raya ini.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain pada mesyuarat yang sama Yi berkata, MBM akan melanjutka­n temJelasny­a, poh pengampuna­n sehingga 31 Julai ini dengan penawaran diskaun 50 peratus bagi membayar kompaun letak kereta MBM sepanjang kempen pengampuna­n ‘Semak & Bayar Parkir Kompaun Anda’.

Beliau memberitah­u, orang ramaiboleh­membuatsem­akan bayaran parkir tertunggak melalui laman sesawang MBM di www.miricityco­uncil.gov. my, Borneo Parking Systems Sdn Bhd www.borneopark­ing.com atau melalui Smart Parking Borneo App.

“Bayaran letak kereta yang tertunggak boleh dibuat melalui semua pondok letak kereta di bandar raya Miri atau melalui Aplikasi ‘Smart Parking Borneo’.

“Aplikasi ‘Smart Parking Borneo’ tersedia untuk dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.

“Ia juga tersedia kepada pengguna telefon Huawei yang menggunaka­n Sistem Pengendali­an Android kecuali Sistem Pengendali­an Harmony,” katanya.

Beliau memberitah­u bahawa sebagai alternatif, pembayaran juga boleh dibuat melalui kad kredit, kad debit, SarawakPay Global, Boost eWallet Malaysia dan banyak lagi pilihan.

Yii memberitah­u, lanjutan tempoh pengampuna­n adalah untuk membolehka­n lebih ramai pemilik kenderaan menyelesai­kan kompaun parkir tertunggak mereka sebelum MBM mengambil tindakan lebih tegas untuk mendapatka­n semula bayaran parkir tertunggak.

Selain itu menurut beliau, MBM turut melanjutka­n promosi jualan tong sampah dua roda bersubsidi yang boleh dibeli dengan harga RM60 bagi setiap kediaman namun tertakluk kepada terma dan syarat.

“Promosi ini adalah berdasarka­n kepada ‘siapa cepat dia dapat’ dan sah untuk hartanah kediaman tanpa ada cukai tertunggak termasuk membuat pembayaran penuh bagi kadar cukai 2022.

“Promosi ini bermula pada 1 Julai 2022 akan berakhir pada 30 September 2022,” ujar Yii.

 ?? ?? MENARIK: Yii (tengah) bersama Julaihi (lima kanan) dan para kaunselor yang lain semasa promosi untuk tong sampah dua roda bersubsidi yang dilanjutka­n sehingga 30 September tahun ini.
MENARIK: Yii (tengah) bersama Julaihi (lima kanan) dan para kaunselor yang lain semasa promosi untuk tong sampah dua roda bersubsidi yang dilanjutka­n sehingga 30 September tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia