Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan permohonan Jugah sertai PRS terpulang kepada kepimpinan tertinggi

-

Keputusan permohonan Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang untuk menyertai PRS adalah terpulang kepada kepimpinan tertinggi untuk menerima atau sebaliknya.

Naib Presiden PRS Datuk John Sikie Tayai malam kelmarin telah mendedahka­n parti sememangny­a menerima permohonan Jugah yang juga Ahli Parlimen bebas itu.

“Permohonan itu memang benar telah dikemukaka­n tetapi ia terpulang kepada kepimpinan tertinggi dalam PRS.

“Buat masa ini belum ada mesyuarat tertinggi diadakan mengenai perkara ini (sama ada menerima beliau atau tidak),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita seleps menghadiri Majlis Ngiling Bidai Bazar Gawai Sarawak 2022 di Dewan Masyarakat MBKS di sini, malam kelmarin.

Sikie berkata sekiranya keputusan daripada presiden dan timbalan presiden telah dibuat baharulah ia akan diketahui permohonan­nya.

“Ia dilihat positif beliau mahu menyertai parti namun kita serahkan kepada kepimpinan tertinggi parti untuk memutuskan sama ada menerima atau tidak,” katanya.

Baru-baru ini Jugah telah menyatakan hasrat bahawa beliau telah memohon untuk menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Katanya juga beliau telah mengemukak­an permohonan keahlianny­a tiga bulan lalu dan oleh itu beliau tidak berhasrat untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

“Saya percaya cara terbaik untuk berkhidmat dan membantu pengundi saya adalah melalui GPS (Gabungan Parti Sarawak).

“Saya telah mengisytih­arkan sokongan kepada kerajaan persekutua­n namun sekarang sebagai bebas dan memohon untuk menyertai GPS, saya rasa saya sudah menjadi sebahagian daripada GPS,” katanya.

Jugah memenangi kerusi Parlimen Lubok Antu pada 2018 sebagai calon Bebas.

Beliau menyertai PKR tidak lama kemudian dan pada Jun 2020 beliau menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional.

Ditanya tentang persediaan PRS untuk Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Sikie berkata jentera parti sentiasa dalam keadaan bersedia untuk pilihan raya pada bila-bila masa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia