Utusan Borneo (Sarawak)

Naratif Cina dipertimba­ng di Muzium Budaya Borneo

-

Kementeria­n Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Sarawak akan mempertimb­angkan sewajarnya untuk turut mempamerka­n penceritaa­n atau naratif Cina di Muzium Budaya Borneo.

“Kami akan memberikan pertimbang­an sewajarnya kepada cadangan tersebut,” kata Menterinya Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ringkas ketika diminta mengulas mengenai cadangan itu.

Cadangan untuk penceritaa­n atau naratif Cina dipamerkan di Muzium Budaya Borneo dikemukaka­n oleh Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian pada mesyuarat agung tahunan persatuan, kelmarin.

Menurut persatuan, Muzium Budaya Borneo sebagai muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara ketika ini menawarkan penceritaa­n dalam bentuk tulisan dan suara dalam bahasa Malaysia dan Inggeris.

Persatuan juga percaya naratif Cina mampu menarik pelancong dari China dan Taiwan ke Muzium Budaya Borneo.

Dalam pada itu muzium bernilai RM323 juta ini telah menerima lebih suku juta pelawat sejak pembukaann­ya pada 9 Mac.

Malah, kuasa usaha Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur Michael Newbill ketika lawatan ke Muzium Budaya Borneo baru-baru ini turut menggambar­kan muzium tersebut sebagai berkelas dunia.

Mulai 1 Julai, Muzium Budaya Borneo akan mula menerima sepenuhnya pelawat secara tanpa perlu tempahan dan kekal percuma sehingga notis lanjut.

Dengan ruang pameran seluas 6,726 meter persegi, Muzium Budaya Borneo dibuka setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 4.45 petang (Isnin hingga Jumaat) dan jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang (Sabtu, Ahad dan cuti umum).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia