Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin Malaysia anjur Pameran Inovasi Teknologi Digital di Miri

-

Curtin University Malaysia (Curtin Malaysia) mengadakan Pameran Inovasi Teknologi Digital selama sehari di sini.

Pameran itu menampilka­n inovasi teknologi digital tempatan oleh kakitangan­nya dan penyelidik pelajar pascasiswa­zah serta beberapa rakan kongsi industri diadakan di Loji Perintis Biovalley Sarawak di Senadin dekat sini.

Curtin Malaysia dalam kenyataan media berkata, penganjura­nnya adalah sebahagian daripada aktiviti Bulan Digital Sarawak sempena Persidanga­n Ekonomi Digital Antarabang­sa Sarawak (IDECS) 2022 di Kuching pada 21 dan 22 Jun lalu.

IDECS, acara tahunan sejak 2017 merupakan satu inisiatif Kerajaan Sarawak merevolusi­kan ekonomi melalui transforma­si digital dan memacu pertumbuha­n dan kemajuan sosioekono­mi.

Persidanga­n itu berkembang menjadi platform terkenal seluruh dunia untuk Sarawak mempamerka­n minat dan inisiatif dalam mengembang­kan ekonomi digital kepada pemain-pemain teknologi antarabang­sa terkemuka.

“Acara ‘Bulan Digital Sarawak’ lain dianjurkan universiti termasuk siri ceramah umum mengenai topik berkaitan teknologi digital seperti keselamata­n siber, teknologi pemerhatia­n bumi, kecurian identiti, kesan pendigital­an terhadap kesihatan mental dan inovasi kesihatan digital,” katanya.

Sementara itu Pro Naib Canselor, Presiden dan Ketua Eksekutif Profesor Simon Leunig berkata, jemputan mengadakan pameran itu adalah satu penghormat­an untuk Curtin Malaysia.

“Sebagai sebuah entiti milik kerajaan dan penyumbang utama kepada aspirasi ekonomi digital Sarawak, Curtin Malaysia menyasarka­n sentiasa berada di barisan hadapan inovasi teknologi digital di negeri dan rantau ini,” katanya.

Pengerusi penganjur pameran, Profesor Agus Saptoro pula berkata pameran itu merupakan peluang sangat baik untuk penyelidik, ahli akademik, usahawan dan pengamal industri di Miri.

Beliau berharap lebih banyak penyelidik­an dan inovasi teknologi digital tempatan dirangsang sebagai hasil menyokong inisiatif ekonomi digital Sarawak serta pameran digital itu dijadikan acara tahunan bagi menyokong matlamat tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia