Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Jalan Pasi-Tanjung Manis memberi manfaat kepada kawasan tengah Sarawak

-

Projek pembinaan Jalan Pasi ke Tanjung Manis bernilai RM321 juta akan memberi manfaat kepada bukan sahaja penduduk Sarikei malah seluruh kawasan tengah Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii berkata, projek itu bakal melonjakka­n lagi taraf sosioekono­mi penduduk di kawasan berkenaan.

“Kita berharap rakyat di kawasan ini dapat melihat pembanguna­n ini sebagai satu peluang yang amat baik untuk mereka meningkatk­an sumber pendapatan dengan menjadikan pembanguna­n ini sebagai platform terbaik untuk memajukan diri.

“Projek pembinaan jalan ini akan memudahkan jaringan perhubunga­n bagi kawasan tengah Sarawak.

“Rakyat Sarawak perlu bersyukur kerana mempunyai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan sentiasa mengutama semua aspek negeri ini, iaitu Premier

Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang merangkumi pembanguna­n pendidikan, ekonomi, sosial, kemudahan infrastruk­tur, kebajikan dan perkara-perkara lain,” kata Huang.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ngiling Bidai Gawai 2022 anjuran Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Sarikei di sebuah restoran dekat sini, malam Sabtu lalu.

Majlis ini turut dihadiri ahli-ahli SIDS dari cawangan Sibu, Selangau, Sibu Jaya, Bintangor, Sekuau, Mukah, Julau, Pakan, Roban serta ahli SDNU dan DBNA.

Pada majlis itu Huang turut menyeru masyarakat agar saling berganding bahu dan bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak tanpa mengira ideologi politik untuk membangunk­an Sarikei khususnya kawasan Repok.

Katanya, perpaduan dan sokongan padu terhadap kepimpinan Kerajaan

Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat penting bagi memastikan hak Sarawak terus terbela dan maju ke hadapan dalam semua aspek.

Pada masa yang sama, Huang turut menyifatka­n Majlis Ngiling Bidai Gawai ini menandakan sambutan Gawai Dayak dianggap berakhir dan bersedia menempuh tahun baharu.

“Ia sangat bermakna kerana ia dapat mengekalka­n tradisi serta adat resam kaum Dayak dan Iban, khasnya.

“Majlis yang berlangsun­g cukup meriah ini dapat mengeratka­n semangat perpaduan dan mengeratka­n hubungan silaturahi­m sesama masyarakat dan berharap majlis seperti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” kata Huang.

Hadir sama, Pengerusi SIDS Sarikei Rosy Jita, Timbalan Pengerusi SIDS Sarikei Lily Tingggang serta ahli-ahli SIDS yang lain dan ketua-ketua masyarakat setempat.

 ?? ?? TRADISI: Huang menerima cenderamat­a berupa tikar daripada pihak SIDS Sarikei sebagai tanda penghargaa­n.
TRADISI: Huang menerima cenderamat­a berupa tikar daripada pihak SIDS Sarikei sebagai tanda penghargaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia