Utusan Borneo (Sarawak)

Projek bina semula Jambatan Kampung Middle Tukau telah siap sepenuhnya

-

Projek bina semula Jambatan Kampung Middle Tukau yang rosak sejak sebulan lalu telah siap sepenuhnya sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk yang melalui jambatan berkenaan.

Bagi pemilik rumah di kawasan berdekatan, Yong Yee Shing berkata, jambatan kecil berkenaan adalah laluan utama untuk ke Miri dan kebunnya yang berada berhampira­n.

Dia sebelum ini pernah meminta bantuan daripada Ketua Masyarakat Tukau, Kapitan Chong Boon Seng untuk menyelesai­kan masalah jambatan patah itu.

Kapitan kemudian telah memanjangk­an isu itu kepada penasihat Pergerakan Pemuda SUPP Lambir Esther Wong dan seterusnya turun ke tempat kejadian untuk meninjau jambatan yang rosak itu.

“Kapitan Chong telah mencadangk­an kepada wakil rakyatuntu­kmembinase­mula jambatan rosak itu.

Selain itu, beliau juga memohon sumbangan untuk membeli bahan (simen pembetunga­n daripada wakil rakyat berdasarka­n harga yang diberikan oleh kedai peralatan bahan binaan,” katanya.

Menurut Yong, kerjakerja pembaikan telah dilakukann­ya sendiri kerana beliau mempunyai mesin jengkaut.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Suani yangdimakl­umkanperka­raitu segera memberikan bantuan RM2,500 bagi kerja-kerja pembinaan semula jambatan yang telah usang itu.

Selepas sebulan kerja pembaikan, Yong memberitah­u kepada kapitan bahawa jambatan kayu yang rosak itu telah ditukar kepada jalan tanah.

Memandangk­an bahan yang dimohon iaitu empat unit pembetunga­n konkrit, Yong telah menggunaka­n tanah untuk menutupnya bagi menstabilk­an jalan tanah.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Lukanisman kerana telah membantu menyelesai­kan masalah jambatan rosak berkenaan,” katanya.

Turut hadir bersama meninjau jalan tersebut ialah Kapitan Chong Boon Seng, Penasihat Pergerakan Pemuda SUPP Lambir Esther Wong dan ahli JKKK Tukau Chong Kong Fui.

 ?? ?? SUDAH SIAP: (Dari kiri) Chong Kong Fui, Kapitan Chong Boon Seng dan Esther Wong meninjau projek bina semula Jambatan Kampung Middle Tukau.
SUDAH SIAP: (Dari kiri) Chong Kong Fui, Kapitan Chong Boon Seng dan Esther Wong meninjau projek bina semula Jambatan Kampung Middle Tukau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia