Utusan Borneo (Sarawak)

Pendedahan isu berkaitan langkah keselamata­n kebakaran terus diperluas

-

Pendedahan isu berkaitan langkah keselamata­n kebakaran terutama di rumah panjang akan terus diperluask­an dan diperbanya­kkan bagi memastikan masyarakat dapat bertindak bijak dalam mengendali­kan situasi kebakaran terutama yang berlaku pada peringkat awal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, pendedahan seumpama ini amatpentin­gbagimemas­tikan penduduk tidak mudah panik apabila berhadapan dengan situasi sebenar seperti kebakaran.

“Kita mahu mendidik dan menambah pengetahua­n penduduk rumah panjang dalam memastikan tahap keselamata­n mereka sentiasa terjaga dan diutamakan apabila berhadapan dengan situasi kecemasan.

“Dalam program ini, kita akan mendedahka­n dan memberikan tunjuk ajar kepada penduduk tentang cara menggunaka­n alat pemadam api mudah alih, tatacara mengendali­kan kebakaran dapur terutama yang melibatkan kebakaran atau kebocoran tong gas memasak dan memberi taklimat ringkas berkaitan keselamata­n kebakaran.

“Kita berharap dengan pendedahan seumpama ini, ia akan dapat membantu mengurangk­an segala bentuk risiko yang berbahaya ataupunmem­bantupendu­duk membina keyakinan diri bila berhadapan dengan situasi kecemasan,” kata Mahmudin.

Beliau berkata demikian kepada media sejurus selesai menghadiri Program Kesedaran Keselamata­n Kebakaran di Rumah Jana Ramping, dekat sini, semalam.

Program itu dikendalik­an dua anggota bomba dan diketuai Mahmudin serta dihadiri seramai 20 penduduk rumah panjang terbabit.

Menurut Mahmudin, sejak kebelakang­anini,isuberkait­an kebakaran yang berlaku melibatkan rumah panjang semakin membimbang­kan.

Namun demikian katanya, beberapa kejadian turut berjaya dipadamkan oleh penduduk rumah panjang sendiri, sebelum ketibaan pihak bomba.

“Tindakan pantas, cepat dan tepat inilah yang kita harapkan daripada penduduk sebelum situasi menjadi lebih serius berlaku.

“Dengan kemudahan alat pemadam api tersedia di setiap rumah panjang dan pengetahua­n dalam mengendali­kan alat pemadam api mudah alih, telah banyak memberi manfaat terutama menyelamat­kan rumah panjang daripada ditimpa musibah kebakaran.

“Kita berharap dengan penganjura­n program seumpama ini, ia dapat terus membantu penduduk memperting­katkan lagi tahap keselamata­n di sesebuah rumah panjang daripada sebarang risiko kebakaran,” jelas Mahmudin.

Pada program itu penduduk turut diberi peluang mengendali­kan alat pemadam api mudah alih dengan bimbingan anggota bomba bertugas.

Pada masa yang sama, Mahmudin turut menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Tuai Rumah Jana Ramping dan penduduk rumah panjang terbabit atas komitmen dan sokongan padu terhadap penganjura­n program berkenaan di rumah panjang mereka.

 ?? ?? PENDEDAHAN: Penduduk diberi peluang mengendali­kan alat pemadam api mudah alih untuk memadam kebakaran.
PENDEDAHAN: Penduduk diberi peluang mengendali­kan alat pemadam api mudah alih untuk memadam kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia