Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki tumbuk muka rakan kena bon berkelakua­n baik

-

Seorang lelaki dikenakan bon berkelakua­n baik selama dua tahun di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mendatangk­an kecederaan terhadap rakannya dengan menumbuk muka mangsa.

Tertuduh, Haikal Ling Abdullah, 40, mengaku bersalah sebaik pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mendatangk­an kecederaan dengan menumbuk muka rakan lelakinya yang berusia 34 tahun (mangsa).

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah gimnasium (gim) milik mangsa di Jalan Penrissen di sini pada 21 Jun lalu, sekitar jam 8 malam.

Berdasarka­n keterangan kes, tertuduh pergi berjumpa dengan mangsa di gim tersebut selepas tidak berpuas hati dengan mangsa menegur anak tertuduh yang kerap menggunaka­n tandas di gim berkenaan.

Berlaku pertengkar­an antara mereka dan tertuduh meminta RM12,000 daripada mangsa namun tidak diendahkan oleh mangsa.

Tertuduh kemudian bertindak menumbuk bahagian muka mangsa, sehingga mangsa mengalami lebam di pipi serta hidung dan menyebabka­n mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada muka.

Terdahulus­ebelumdija­tuhi hukum, tertuduh menerusi peguamnya Lim Lian Kee memohon mahkamah membenarka­n perintah bon berkelakua­n baik dikenakan terhadap tertuduh atas alasan tertuduh mengaku bersalah serta-merta sekali gus menjimatka­n masa dan kos mahkamah.

Menurut Lim juga, ia merupakan kesalahan pertama tertuduh dan tertuduh telah memberikan kerjasama dengan pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.

Jelas Lim juga, tertuduh dan mangsa masih berkawan walaupun berlaku kes ini.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan tertuduh dikenakan bon berkelakua­n baik selama dua tahun dengan jaminan RM1,000 berserta seorang penjamin tempatan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia